Memiliki suara yang cukup unik dan lunak, lagu-lagu milik TokTi masih aktif bermain di stesen radio sehingga sekarang. Setakat ini, belum ada mana-mana orang yang boleh mengalahkan vokal penyanyi berkenaan dengan level sama. Pun begitu, seorang wanita di TikTok ini sempat tular seketika sebelum ini.
BACA : “Kecewa Ataupun Bahagiaaaaa” – Gadis Nyanyi Depan TokTi Dipuji Suara Mirip 100%”
Ramai nau yang cakap sama…Idok ler teman tau tang mana yang samaaa entah
Hazieqiera pada awalnya berkongsikan video dia dan suami tidak berpuas hati dengan hasil gambar pernikahan mereka. Akan tetapi, netizen malah lebih mengalihkan fokus mereka terhadap suaranya yang dirasakan mirip-mirip dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza terutamanya apabila sedang ketawa.
@haziqiera98 Selalu tgok org lain yang kena . Now kena dkt diri sendiri . Sumpah sakit hati 😭#wedding #scammers
@haziqiera98 Replying to @Thenuratieykah Ramai nau yang cakap sama 🫠 idok ler teman tau tang mana yang samaa entah 🥲
Suara kita tak sama & takkan boleh sama dengan TokTi…Dia penyanyi No 1 Malaysia wak
Tidak mahu terlalu ‘perasan’, wanita cantik berkenaan akui suaranya memang takkan sama 100% apalagi TokTi adalah seorang penyanyi hebat. Namun tegasnya lagi, lenggok cara bercakap yang lembut itu memang semula jadi dan bukanlah sengaja dibuat-buat seperti diperkatakan oleh segelintir netizen.
@haziqiera98 Replying to @tulipflower cakap mcm awak kenal saya , pernah jumpa saya , pernah borak dgn saya je ya awak ni 🥲 mana yg dah lama kenal saya , tahu saya mcm mana , buat apa saya nak buat2 kan da memang mcm gini suara saya 🥲

@haziqiera98 Replying to @🐼QIELA_Lalalala🐼 sayang , suara kita tak sama and takkan boleh sama dgn Dato Siti tau . Dia penyanyi No 1 malaysia wak . Kita ni siapa je 😭 and saya tersangat lah segan nyanyi depan org . Yang ni pun kena paksa sebb wedding dia kan . Tu yg nyorok belakang tiang je 😭😭
First time dengar suara you pun, kita dengar macam TokTi…Abaikan je orang yang kutuk pasal suara sis
Pun begitu, masih ramai netizen yang setuju mengatakan suara kedua-duanya memang ada persamaan. Justeru mereka berharap wanita ini abaikan saja kecaman yang dilempar.
Meskipun tidaklah kedengaran seratus peratus sama, namun sebenarnya suara asli wanita tersebut sendiri sudah pun enak untuk halwa telinga. Tak kurang wajah comel individu berkenaan juga turut menerima pujian beberapa netizen.
Meskipun ada yang mengecam, namun segelintir daripadanya pula siap minta untuk menyanyi lagi. Bahkan bagi mereka, itu juga adalah salah satu anugerah buat wanita tersebut.
Kredit : TikTok Hazieqira
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
