Setiap orang bercinta perlu mempunyai niat yang betul agar perhubungan yang terjalin boleh kekal ke jinjang pelamin selain memperolehi keberkatan jodoh. Tidak hanya bersandar pada niat semata-semata, malahan kedua-dua pihak harus berusaha memperbaiki diri sebelum nekad untuk berkahwin. Mungkin itu juga usaha yang sedang dilakukan oleh seorang ustaz selebriti ini.
BACA: [VIDEO] ‘Mini Lailers’ Dengan Anak Tudung Ke Depan, Siap Tibai Cakap Korea Lagi
Walaupun dia masih belum berhijab, kami saling usaha bantu membantu untuk berubah…
Baru-baru ini, Da’i Syed telah mendedahkan yang dia telah pun mempunyai seorang teman wanita yang merupakan artis wanita di Malaysia. Dia mengenali artis perempuan terbabit di media sosial dan telah pun bertemu dengan ibunya setelah tiga hari perkenalan. Menurutnya walaupun artis itu masih belum terbuka hati untuk berhijab, sebagai Da’i dia sedang membantu teman wanitanya ke arah yang lebih baik sebelum mengambil keputusan bernikah.
Memberi masa kepada teman wanitanya, untuk berubah secara perlahan-lahan…
Tambahnya lagi, sebagai seorang pendakwah dia memang berharap wanita yang bakal menjadi isterinya akan memakai hijab. Dia juga memberi ruang kepada artis itu untuk berubah dan tidak pernah memaksanya memakai hijab pada waktu sekarang. Namun, tidak menyangka teman wanitanya itu memaklumkan sendiri bahawa dia ingin mengekalkan hijabnya setelah selesai melakonkan sebuah drama.
Sumber: myMetro
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
