“Jangan terlalu keras bekerja hinggakan tidak sihat pun tetap pergi kerja. Jika esok kita sudah tiada, syarikat tidak peduli kerana mereka akan cari pengganti secepatnya”. Kata-kata ini menjadi pegangan ramai supaya mereka tidak terlalu ‘gila’ bekerja sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Akan tetapi, persepsi terhadap usaha mencari rezeki ini adalah berbeza di mata setiap orang.
BACA :Â Pekerja Hotel Memandai Buat Aduan, Suami Bengang Ditangkap Basah Dengan Isteri
Mula kerja pada 1986, saya tekad tak nak ambil MC
Bagi penjawat awam bernama Mohd Fakri Mohamad Noor ini, dia mempunyai kesungguhan memberikan komitmen 100% pada tugasnya dan dilaporkan tidak pernah mengambil sebarang cuti MC selama bertugas. Pengarah Khidmat Pengurusan LKTN ) itu turut mendedahkan satu janji kepada diri sendiri yang pernah dibuat pada tahun 1986 iaitu ketika detik permulaan kerjayanya.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Hasilnya, saya sudah 4 kali menerima APC pada tahun 1996, 2012, 2015 & 2021
Sepanjang itu juga, dia sudah menerima banyak anugerah selaku penjawat awam yang mempunyai rekod kerja cemerlang. Laporan bersama Berita Harian turut mengesahkan Tuan Mohd Fakri sudah beberapa kali merasai rezeki dinaikkan pangkat.

Saya mahu jadi contoh terbaik kepada rakan kerja
Andai kata merasa kurang sihat dan tidak mampu pergi kerja, dia akan menggunakan cuti rehat sahaja. Lelaki berusia 59 tahun ini akui tidak pernah sesekali MC meskipun surat pengesahan boleh dikeluarkan oleh doktor yang merawatnya.
Kredit : YouTube Berita Harian Online & FB Berita Harian
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura