Sudahlah Baju Raya Jahanam, Tukang Jahit Sempat Pula Perli Gadis Ini Gem0k!

Saban tahun apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri, pastinya ramai yang berpusu-pusu membeli baju raya. Tidak ketinggalan, ada juga sesetengahnya yang lebih gemar menghantar baju raya mereka ke tukang jahit. Namun malang pula bagi seorang gadis ini apabila baju rayanya rosak di tangan tukang jahit yang mengambil tempahannya. Perkara itu dikongsikan di Twitternya sendiri baru-baru ini.

Baca : Ibu Luah Geram Layanan Staf Masa Beli Baju Raya, Anak OKU Dihalau Macam Sampah!

Tidak dapat dinafikan, gadis ini juga tergelak di saat pertama kali menerima baju rayanya itu. Namun jauh di lubuk hati, siapa saja yang tidak sedih apabila baju raya yang diharapkan dapat siap dengan cantik akhirnya menjadi buruk.

Tukang jahit tu kata cantik…Aku tak raya la cerita dia

Bukan sahaja terlalu besar apabila disarung oleh tuan badan, malahan padahan jahitan fabrik yang bercorak dan plain juga kelihatan pelik. Macam kain perca pula! 

Lebih menyedihkan lagi, tukang jahit tersebut seakan enggan bertanggungjawab terhadap hasil kerjanya yang teruk ini.

“Okeylah…Awak pun gem0k sangat”

Dek kerana pernah menggunakan khidmat tukang jahit tersebut, gadis ini telah menaruh kepercayaan bahawa baju batiknya itu akan dapat dihasilkan dengan baik.

Sebelum tempah, dah tanya banyak kali “boleh ke mak cik buat?”

Raya tahun ni tunda…

Baju ni cantik sebenarnya…Ada manik lagi

Mak dah bising…

Nak sedekah pun buruk sangat

Walaupun nampak kelakar, netizen juga tidak ketinggalan dalam meluahkan rasa bengang dengan kejadian yang menimpa gadis tersebut.

Sayangnya…Rosak kain…Kain batik pulak tu

Tengok cara jahitan pun selekeh…Kesian awak

Tambah 3 poket dah boleh jual jadi baju melayu

Sumber : Twitter Dee

Apa Komen Anda?