Januari lalu kita dikejutkan dengan berita gembira, di mana seorang pelakon popular iaitu Anzalna Nasir mengumumkan bahawa dia kini sedang mengandung anak sulung selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Semalam pelakon jelita ini ada kongsikan video pendek ketika dia sedang sibuk melaram bersama kapsyen yang seakan-akan memberi hint tentang jantina bayi yang sedang dikandungnya itu.
BACA: [VIDEO] Baru 3 Tahun, Anak Kembar Eina Azman Dah Pandai Baca 3 Qul
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Menurut kapsyen yang ditinggalkan oleh Anzalna dalam posting tersebut, difahamkan Anzalna kini lebih kerap melaram berbanding dengan sebelum ini. Jadi Anzalna tertanya-tanya adakah bayi di dalam kandungannya itu adalah perempuan.
Orang tua cakap ibu mengandung yang suka melaram ni tandanya nak dapat anak perempuan…
Seperti yang kita tahu, pelakon jelita ini mempunyai 5 orang adik beradik di mana kelima-limanya adalah perempuan. Tidak cukup dengan itu, Anzalna turut mempunyai 3 orang anak buah dan ketiga-tiganya juga adalah perempuan. Jadi Anzalna menyifatkan bahawa bayinya itu sekakan-akan berjantina perempuan.
Dalam pada itu, kakak kepada Anzalna iaitu Diana Nasir juga seakan-akan mengiyakan kata-kata Anzalna, dengan meninggaIkan komen di bawah posting tersebut.
Mungkin anak girl jugak!
Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada orang ramai, namun rata-ratanya mengatakan bahawa kemungkinan besar bayi yang dikandung Anzalna itu sebenarnya anak lelaki. Dalam pada itu ramai juga peminat yang tidak sabar untuk menantikan kehadiran bayinya itu.
Setiap kali pregnant baby boy memang kuat melaram
Keturunan semua perempuan
Kalau suka nak cantik, dapat lelaki
Kadang-kadang tak jugak…
Kebiasaannya suka melaram dapat baby boy
Sumber: IG anzalnanasi88
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura