Sebelum ni kita selalu dengar kisah seram yang terjadi di rumah, kawasan pedalaman atau beberapa jalan lama. Kali ini, kita ikuti pula beberapa cerita seram yang berlaku di sebuah hotel budget yang pernah dikatakan gah pada satu ketika dahulu bernama Casuarina Inn. Menurut pengguna Twitter iaitu @the_khayalans selain reka bentuk seni bina bangunan British yang terdapat di sana, hotel tidak berpenghuni itu juga amat popular dengan kisah hantu yang suka mengganggu para pelawat.
BACA:Â “Ada Susuk Tubuh Berdiri” – Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Di Terowong Motosikal
Hantu kat sini suka pindahkan tetamu hotel..
Ujar lelaki ini, terdapat bermacam cerita yang kurang enak daripada pengalaman para pengujung dan beberapa kenalannya yang pernah menginap serta bekerja di sana. Gara-gara tersebarnya penceritaan lisan sedemikian, hotel tersebut semakin hambar sebelum ditutup sekitar tahun 2010 apabila pihak pengurusan dikatakan tidak dapat menampung lagi kos pengurusan.
Ok hotel ni hampa boleh jumpa kat taiping n antara hotel berhantu la kat taiping. Hotel ni sebelah penjara taiping. Dengar citer hantu kat sini suke pindah2kan guest hotel 😌 pic.twitter.com/INwiVi2ccN
— hiraeth.lee (@syafs__) September 16, 2019
Ouh ye hotel ni pon pernah jdi kem tentera british sekejap sblom kerajaan negeri ambik alih. Hotel ni dulu mmg cantik ah. Sbb dibina ala2 reka bentuk british en. So hotel ni ade 24 bilik standard n 2 bilik family. Pastu byk ah lagi kemudahan hotel ni.
— hiraeth.lee (@syafs__) September 16, 2019
Bilik takde orang…tapi kipas & aircond on macam ada penghuni
Selain itu, dia turut mendedahkan bahawa pernah dengar cerita yang agak misteri daripada beberapa bekas pekerja hotel terbabit. Malahan jika ada pesalah yang dihukum gantung, mereka siap boleh terdengar jeritan daripada penjara Taiping yang betul-betul terletak di sebelahnya.Â
Sumber: Twitter the_khayalans
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
