Kesihatan Tips

Sukar Berkawan & Kerisauan Melampau, Antara Petanda Anda Ada ‘Social Anxiety’

Sukar Berkawan & Kerisauan Melampau, Antara Petanda Anda Ada ‘Social Anxiety’

Sharing is caring!

Social Anxiety Disorder (SAD) atau Gangguan Kebimbangan Sosial merupakan masalah psikologi yang menyebabkan seseorang itu mudah untuk merasa takut apabila berhadapan dengan orang di sekeliling mereka. Kebiasaannya, penghidap gangguan seperti ini adalah seorang yang pemalu dan sering merasa nervous untuk berinteraksi dengan orang lain. Masalah ini sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang serius jika tidak dirawat dengan segera.

BACA: Selalu Keguguran Rambut? Salah Satu Petanda Perempuan Mungkin Alami Stress


Hanya selesa dengan orang-orang tertentu

Merujuk kepada portal Viral Ventura, antara petanda seseorang itu mungkin mempunyai Social Anxiety Disorder (SAD) adalah apabila mereka sukar untuk membuat kawan baru. Mengenali seseorang yang baru hanya akan membuatkan mereka tertekan. Individu seperti ini lebih gemar untuk menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang sudah lama dikenalinya. Oleh sebab itu, mereka memilih untuk bersama dengan orang tertentu sahaja.

Sukar Berkawan & Kerisauan Melampau, Antara Petanda Anda Ada ‘Social Anxiety’
Gambar sekadar hiasan

Kerisauan yang melampau

Masalah yang turut dikenali sebagai fobia sosial ini boleh menyebabkan seseorang itu untuk terlalu banyak fikir akan sesuatu perkara. Perkara kecil seperti makan di tempat awam juga boleh membuatkan mereka risau dan tertekan. Selain itu, penghidap masalah ini juga akan lebih cenderung untuk memikirkan tanggapan orang lain terhadap dirinya.


Sukar Berkawan & Kerisauan Melampau, Antara Petanda Anda Ada ‘Social Anxiety’
Gambar sekadar hiasan

Takut menjadi bahan kritikan

Individu yang social anxiety ini kebiasaanya takut untuk berada di tempat awam. Hal ini kerana, mereka sering merasa seperti diri sedang diperhatikan dan dikritik orang ramai. Golongan ini juga senang beranggapan bahawa mereka telah melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan malu di hadapan orang lain.

Sukar Berkawan & Kerisauan Melampau, Antara Petanda Anda Ada ‘Social Anxiety’
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Viral Ventura


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sukar Berkawan & Kerisauan Melampau, Antara Petanda Anda Ada ‘Social Anxiety’

Sharing is caring!