Viral

“Sumpahlah Depan Mata”-Reaksi Cemas Gadis Hilang Phone Masa Merakam Undang Lucu

“Sumpahlah Depan Mata”-Reaksi Cemas Gadis Hilang Phone Masa Merakam Undang Lucu

Sharing is caring!

Kehilangan barang berharga sememangnya boleh membuatkan seseorang itu berasa risau dan tidak senang duduk. Lebih teruk lagi, jika ia adalah telefon bimbit yang sudah dianggap seperti satu aset penting dalam kehidupan seharian. Pastinya, perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang di manakah lokasi terakhir telefon itu diletakkan. Pelik tapi benar, itulah situasi yang menimpa seorang pengendali akaun Twitter bernama @batryssa baru-baru ini.

BACA: Cemas Bila Kena Prank Dengan Hazama, Apex Kekalkan Prinsip Tak Sentuh Wanita

Sibuk make up, perasan phone dah hilang

Menerusi posting tersebut, gadis ini kelihatan sedang sibuk mendandan sambil melihat wajahnya di hadapan kamera. Namun selang beberapa saat selepas itu, dia tiba-tiba sahaja tersentak kerana menyedari telefon bimbitnya sudah hilang. Selepas diteliti sehingga ke babak penghujung video berkenaan, rupa-rupanya ada peristiwa yang tidak disangka-sangka telah berlaku.


“Sumpahlah Depan Mata”-Reaksi Cemas Gadis Hilang Phone Masa Merakam Undang Lucu “Sumpahlah Depan Mata”-Reaksi Cemas Gadis Hilang Phone Masa Merakam Undang Lucu

“Sumpahlah Depan Mata”-Reaksi Cemas Gadis Hilang Phone Masa Merakam Undang Lucu

Sumpahlah padahal telefon depan mata

Mana tidaknya, bayangkanlah gadis itu boleh mendakwa telefon bimbitnya telah hilang sedangkan rakaman itu dibuat menggunakan peranti berkenaan. Sementara itu, reaksi wajahnya yang cemas dan terpinga-pinga mencari telefon bimbit tersebut sambil meminta pertolongan daripada seorang lagi rakan telah menjadikan suasana lebih menarik. Bahkan dia sendiri pun tak mampu menahan ketawa selepas menjumpai telefon bimbitnya semula.

Member sebelah pun cari. Kadang-kadang aku pun sama

Video berdurasi 59 saat itu telah dibanjiri oleh pelbagai reaksi daripada netizen. Sesetengah daripada mereka nampaknya terhibur dan sempat berkongsi pengalaman yang sama. Tidak terkecuali, sebahagiannya juga sempat berseloroh di ruangan komen. Keseluruhannya, rakaman itu telah mendapat lebih 155 ribu tontonan setakat ini.


“Sumpahlah Depan Mata”-Reaksi Cemas Gadis Hilang Phone Masa Merakam Undang Lucu

“Sumpahlah Depan Mata”-Reaksi Cemas Gadis Hilang Phone Masa Merakam Undang Lucu “Sumpahlah Depan Mata”-Reaksi Cemas Gadis Hilang Phone Masa Merakam Undang Lucu

Sumber: Twitter batryssa


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini