[VIDEO] Surat Buat Abah, Kisah Raya Terakhir Issey Paling Sebak

Sebagai seorang anak, kita mestilah selalu memberikan penghargaan kepada kedua ibu bapa sama ada mereka masih hidup mahupun yang telah pergi. Tanpa didikan dan pengorbanan yang bermakna daripada mereka, kita mungkin tidak mampu untuk mengecapi hidup yang sekarang ini. Bersempena dengan Hari Bapa pada tarikh 16 Jun yang lalu, stesen radio Suria FM telah membuat satu video khas apabila para penyampainya diminta untuk mengarang sepucuk surat buat bapa masing-masing. 

BACA: “Kenapa Allah Ambil Mata Saya?” – Jawapan Ebit Lew Pada Pelajar Ini Bikin Sebak

Advertisement

Selain mengarang dalam projek Surat ‘Untuk Abah’ ini, Fizi Ali, Issey, Suraya Borhan, TYZO, Sharifah Shahira, Feeya Iskandar dan DJ Lin juga dikehendaki untuk menceritakan serba sedikit moment atau bagaimana bapa masing-masing mempengaruhi hidup mereka.

Video penuh ‘Surat Untuk Abah’

Advertisement

Antara yang paling menjadi perhatian adalah kisah daripada Issey yang telah kehilangan ayahnya sejak tahun 2006 lalu.

Sejak abah takda adik-beradik tak rapat macam dulu…pagi raya pun gaduh

Advertisement

Raya terakhir takde siapa belikan selipar untuk abah…dia sorang pakai selipar lama

Advertisement

Mendapat beribu tontonan di laman Facebook dan YouTube, video tersebut turut dibanjiri pelbagai komen daripada netizen yang rata-ratanya sebak dan terkenangkan bapa masing-masing.

Advertisement

Issey punya cerita sedih…

Kalau lah abah ada mesti dia happy tengok dah nikah…al-fatihah

Advertisement

Tengok diorang tulis surat…bergenang air mata ni

Advertisement

Sumber: YouTube SuriaTV

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?