Susah Asingkan Baju Anak Sebelum Balik Kampung? Ikut Tips Mudah Wanita Ini!

Antara perkara yang selalu menjadi kerisauan para ibu bapa ketika balik sahaja ke kampung adalah bilangan baju yang dibawa untuk anak-anak tidak mencukupi. Nak suruh kemas sendiri, ada yang kecil lagi kan? Tapi perkara ini sebenarnya boleh diatasi jika anda mempunyai perancangan awal terhadap cara menyimpan semua pakaian tersebut, seperti yang dikongsikan oleh Puan Ellie Syahhidah Abd Rahman ini.

BACA: Jangan Bagi Pegang Sesuka Hati, Ikuti Perkongsian Tips Raya Dengan Bayi Kecil!

Menerusi satu posting yang dibuat pada 2017, ibu muda ini menggunakan teknik pembungkusan semua pakaian anak-anak dalam beberapa plastik, mengikut bilangan hari serta siang dan malam.

Tujuannya untuk menjimatkan ruang kereta

Bungkusan boleh letak di banyak tempat dalam kereta…susun pun kena ikut tarikh

Dalam pada itu, dia turut menyarankan para ibu bapa di luar sana untuk meminimumkan bawa barang sampingan lain seperti barang mandi. Selain itu, dia juga menyatakan yang dia akan membawa selimut dan comforter sebagai persediaan takut-takut di kampung sudah penuh.

Biar apa yang kita bawa tu berguna…yang tak jangan bawak

Sumber: FB Ellie Syahhidah Abd Rahman

Apa Komen Anda?