Artis rancangan tv Viral

Susah Berjalan Sarung Kostum ‘Bergumpal’, Begini Cara Namie Siap Belakang Tabir

Susah Berjalan Sarung Kostum ‘Bergumpal’, Begini Cara Namie Siap Belakang Tabir

Meraih 4 bintang daripada juri, ternyata persembahan kumpulan Ubi pada pusingan keenam semalam cukup menghiburkan ramai. Tambahan pula, mereka bertiga berani mengangkat tema KLFW2022 selain meniru beberapa figura tertentu. Pastinya sosok paling menyerlah adalah Namie yang telah mengenakan busana ‘menggelembung’ menyerupai fesyen Aina Abdul.

BACA : Namie Terjelepuk Di Pentas, Struggle Nak Duduk Pakai Fesyen Baju Menggelembung

Kru belakang gabir dedah cara siapkan Namie

Walaupun menghadapi kesukaran bergerak sehingga terjelepuk ke atas lantai saat cuba duduk di kerusi, lakonan spontan itu bagaimanapun menyuntik elemen lebih kelakar ke dalam persembahan mereka. Pun begitu di sebalik busana tersebut, akhirnya seorang kru belakang tabir iaitu Amierah Jurey berkongsikan realiti persediaan Namie untuk menyarung set lengkapnya.

Namie dibantu beberapa orang kru untuk melengkapkan kostum ‘berbonggol’

Kelihatan dia yang berdiri tegak dengan wajah serius sedang dibantu oleh beberapa orang kru. Mereka mula menggumpalkan material berkenaan sebelum melekatkannya menggunakan pita pelekat tebal. Cantuman demi cantuman dibuat sehinggalah menghasilkan permukaan yang berbonggol-bonggol.

@amierahjurey

Macam kenal? #behindthescene #muzikallawaksuperstar3

♬ original sound – TetaplahSlayyy💅 – SisBro🫦

Senang sungguh design dia buat macam tu je. Guna apa tu?

Walaupun tidak sama 100%, sekali pandang saja sudah dapat dilihat betapa imej itu menyerupai busana Aina Abdul pada acara KLFW2022. Menerusi ruangan komen, mereka juga tidak menyangka bahawa method yang digunakan oleh kru belakang tabir sungguh mudah. Sejak dimuat naik, rakaman itu meraih puluhan ribu tontonan di laman sosial TikTok.

Susah Berjalan Sarung Kostum ‘Bergumpal’, Begini Cara Namie Siap Belakang Tabir

Susah Berjalan Sarung Kostum ‘Bergumpal’, Begini Cara Namie Siap Belakang Tabir

Susah Berjalan Sarung Kostum ‘Bergumpal’, Begini Cara Namie Siap Belakang Tabir

Kredit : TikTok Amierah Jurey & IG Astro Gempak

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Susah Berjalan Sarung Kostum ‘Bergumpal’, Begini Cara Namie Siap Belakang Tabir

Facebook

Telegram