Hiburan Inspirasi

“Susah Mana Pun Rumah Tangga, Kena Yakin Isteri Pembawa Rezeki” – Aeril Zafrel

“Susah Mana Pun Rumah Tangga, Kena Yakin Isteri Pembawa Rezeki” – Aeril Zafrel

Sharing is caring!

Tak dinafikan bahawa alam perkahwinan sememangnya menyeronokkan. Jika dulu seorang diri saja, kini setiap sudah boleh berkongsi semua perkara dengan cinta hati masing-masing. Dalam perhubungan ini, kita sebenarnya akan lebih merasa bahagia apabila dapat mengharungi susah senang bersama. Bukan apa, tak ramai yang setia bersama ketika partner berhadapan waktu yang sukar. Waktu ini jugalah kita dapat melihat sama ada orang itu ikhlas dalam percintaan atau sebaliknya.

BACA: [VIDEO] Hayla Luah Sayang Adik Baru, Aeril Pula Bagi Sindiran ‘Makan Dalam’

Susah macam mana pun…kena yakin isteri ni sebenarnya pembawa rezeki

Menerusi satu tweet yang pernah dimuat naik oleh pelakon terkenal Aeril Zafrel baru-baru ini, dia berpendapat bahawa rezeki dalam rumah tangga ada kena mengena dengan kebahagiaan isteri. Oleh sebab itulah, para suami disarankan agar tidak terlalu mementingkan diri dan penuhi setiap keperluan suri hati masing-masing. Dia turut berkongsi foto tahun pertama bergelar suami kepada Wawa Zainal serta foto pada 2019.


“Susah Mana Pun Rumah Tangga, Kena Yakin Isteri Pembawa Rezeki” – Aeril Zafrel

“Susah Mana Pun Rumah Tangga, Kena Yakin Isteri Pembawa Rezeki” – Aeril Zafrel

Dulu biasa-biasa…sekarang bergelar jutawan

Selain menimang cahaya mata ketiga pada awal bulan ini, siapa sangka pertemuan Aeril dan Wawa dalam satu rancangan hiburan kanak-kanak beberapa tahun lalu sudah pun mencapai status jutawan apabila berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Namun kejayaan yang dikecapi ini bukanlah daripada laluan yang cukup mudah dan mereka menganggap ini cuma permulaan untuk keluarga mereka.


“Susah Mana Pun Rumah Tangga, Kena Yakin Isteri Pembawa Rezeki” – Aeril Zafrel

Duhai isteri…tahukah mengapa mawar yang mewangi itu sering disaluti duri?

Dalam pada itu menerusi satu lagi status di Instagram milik pelakon berusia 31 tahun ini juga pernah membicarakan sebab mengapa para isteri perlu dijaga rapi. Jelasnya dalam nada berbentuk kiasan, Allah telah memuliakan darjat seseorang isteri itu dengan pelbagai syarat dan hukum agar dapat menjadi insan yang sangat dipandang tinggi oleh ahli keluarga yang lain.

“Susah Mana Pun Rumah Tangga, Kena Yakin Isteri Pembawa Rezeki” – Aeril Zafrel

Sumber: Twitter aerilzafrel & IG aeril_zafrel


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!