Cakap sahaja pasal bekas makanan, sebenarnya banyak jenis design yang memudahkan pengguna untuk angkut dan makan di mana-mana tempat. Kebiasaannya yang sering kita jumpa di pasaran adalah 2 kotak bahagian mengasingkan lauk dengan nasi. Tapi ada juga bentuk yang complicated malah langsung tidak praktikal.
BACA :ย Bersila Atas Lantai, Lelaki Pasrah Kawan Terpijak Lauk Terus Jadi Ayam Penyet
Penat nak korek takde sudu nak makan
Seperti yang tular di TikTok ini, seorang cikgu berbangsa Cina terlihat sedang makan dengan menggunakan tangan. Oleh kerana saiz bekas lauk agak kecil dan sempit, dia nampak struggle mengaut sambal-sambal untuk diletakkan di atas nasi.
@jhieyna Penat nak korek ๐ #cguJie
โฌ Dj BonBon Remix – ๐๐๐๐๐ฎ๐ฉแดบแตแตแญ๐ฟ๐๐ธ๐ณ๐ด
Bila kau baru tahu…Terima kasih tau
Selepas rakaman guru itu berjaya menarik perhatian ramai, terdapat netizen berkongsi cara yang boleh dilakukan selain dari mengaut atau mencedok lauk sekiranya menggunakan bekas sebegitu. Rupanya, kotak makanan itu boleh ‘dikepak’ dan ditelangkup masuk bahagian sebelah dengan mudah. Percubaan yang menunjukkan hasil tersebut juga membuatkan pendidik itu merasa kagum.
@jhieyna Reply to @tumpanglalu2021 siapa lagi begini? ๐๐ปโโ๏ธ kita geng ๐ค๐ป๐ค๐ป๐
Baru tahu, teringin nak buat lepasni…Mak tak bagi buat sebab nak balik bekas tu
Sejak dimuat naik, rakaman tersebut telah meraih jumlah tontonan sebanyak 245.6 ribu serta dibanjiri dengan komen netizen masih tidak tahu dan berasa teruja dengan tips yang dikongsi itu. Ada juga yang bergurau enggan buat begitu kerana bekas berkenaan akan diminta oleh mak mereka semula.
Sumber : TikTok jhieynaย
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
