Kesihatan Tips

Susah Nak Tidur? Jom Cuba 4 Tips Ini Supaya Dapat Tidur Berkualiti

Susah Nak Tidur? Jom Cuba 4 Tips Ini Supaya Dapat Tidur Berkualiti

Sharing is caring!

Selepas menjalani aktiviti harian yang memenatkan, kita seharusnya mendapatkan rehat dan tidur secukupnya. Ini adalah untuk memastikan supaya diri akan merasa lebih bertenaga pada keesokan hari. Namun begitu, ramai mempunyai masalah tidur sehingga mereka tidak boleh melelapkan mata dengan mudah. Masalah ini perlu dirawat dengan segera supaya ia tidak menjadi perkara yang lebih serius seperti insomnia.

BACA: Wanita Kongsi Tips Senang Bangun Tahajud –  “Tidur 5 Minit Pun Cukup & Dikira..”

Kurangkan pengambilan gula & kafein 

Merujuk kepada portal Daily Entertainment, antara cara yang boleh membantu seseorang itu untuk tidur dengan lena adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dan kafein. Pengambilan dua bahan ini secara berlebihan boleh menjadikan anda hyper dan sukar untuk lelapkan mata. Oleh itu, sebaik-baiknya elakkan dua bahan ini pada waktu petang dan malam.


Susah Nak Tidur? Jom Cuba 4 Tips Ini Supaya Dapat Tidur Berkualiti
Gambar sekadar hiasan
Susah Nak Tidur? Jom Cuba 4 Tips Ini Supaya Dapat Tidur Berkualiti
Gambar sekadar hiasan

Amalkan makan buah-buahan

Amalan pengambilan makanan yang sihat seperti buah-buahan boleh menyebabkan seseorang itu untuk tidur dengan mudah dan juga lena. Buah-buahan yang mengandungi melatonin seperti pisang boleh mendatangkan rasa mengantuk serta membantu kawal waktu tidur.

Susah Nak Tidur? Jom Cuba 4 Tips Ini Supaya Dapat Tidur Berkualiti
Gambar sekadar hiasan

Jauhi barang-barang elektronik

Selain itu, barangan elektronik seperti televisyen dan telefon sebaik-baiknya dijauhkan dari tempat tidur. Hal ini kerana, ia akan membuatkan anda terganggu dan susah untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Malahan, membiarkan telefon di bawah bantal juga boleh menyebabkan radiasi yang akan mempengaruhi tidur.


Susah Nak Tidur? Jom Cuba 4 Tips Ini Supaya Dapat Tidur Berkualiti
Gambar sekadar hiasan

Melakukan senaman pagi

Melakukan senaman pagi seperti berlari dan jogging dapat mempersiapkan tubuh badan untuk sebarang aktiviti pada hari tersebut. Bersenam dapat membantu untuk melancarkan lagi sistem peredaran dalam badan dan memudahkan seseorang itu untuk berehat pada waktu malam. 

Susah Nak Tidur? Jom Cuba 4 Tips Ini Supaya Dapat Tidur Berkualiti
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Daily Entertainment


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Susah Nak Tidur? Jom Cuba 4 Tips Ini Supaya Dapat Tidur Berkualiti

Sharing is caring!