Suspek Belasah & Curi Motor Penghantar Grab Food Mengaku Tidak Bersalah

Sebelum ini tular di media sosial sebuah video pendek yang memaparkan seorang penghantar makanan Grab Food, Muhammad Amirul Adli di pukuI oleh dua orang lelaki berhampiran Phileo Damansara kira-kira jam 2.53 petang. Menerusi video itu, jelas sekali percubaan dua orang lelaki itu untuk mencuri motor Yamaha Y15 milik Amirul namun tidak berjaya.

BACA: [VIDEO] Menyamar Jadi Abang GrabFood, Prank Amar Baharin Kepada Isteri Menjadi!

Kredit Foto: Metro

Dikenakan dua tuduhan

Terkini, menurut laporan Metro, salah seorang pencuri itu iaitu Abu Bakar Subianto yang berusia 33 tahun telah berjaya diberkas beberapa hari yang lepas. Tertuduh yang juga seorang subkontraktor telah dikenakan dua tuduhan iaitu mencederakan m4ngsa dan cubaan mencuri motosikal.

Kredit Foto: Berita Harian

Mengaku tak bersalah

Meskipun sudah mempunyai bukti yang kukuh, namun tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik sahaja dibacakan kedua-dua pertuduhan tersebut.

Dikenakan penjara maksimum 10 tahun

Difahamkan sekiranya kedua-dua lelaki ini didapati bersalah, mereka akan dikenakan hukuman Kanun Kes3ksaan

Mohon jaminan dikurangkan kerana mempunyai anak

Difahamkan, Abu Bakar meminta untuk jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia sudah berkahwin dan kini mempunyai seorang anak yang berusia 12 tahun. Mahkamah telah memenuhi permintaanya dengan mengurangkan wang jaminan daripada RM8,000 kepada RM6,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh juga dikenakan syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan untuk mendekati penghantar makanan itu pada masa akan datang.

Sumber: Metro

Apa Komen Anda?