Isu Semasa

Kecoh Gugur Syahid Kerana Koronavirus, Ustaz Azhar Idrus Tampil Beri Penjelasan

Kecoh Gugur Syahid Kerana Koronavirus, Ustaz Azhar Idrus Tampil Beri Penjelasan

Sharing is caring!

Peningkatan jumlah kumulatif positif yang mendadak telah menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) isytihar virus korona sebagai pandemik. Meskipun pelbagai langkah telah diambil oleh semua pihak, tahap penyebaran wabak ini menjadi semakin kritikal lebih-lebih lagi belum ada vaksin yang dihasilkan. Jumlah angka yang gugur akibat wabak ini turut dilihat semakin membimbangkan. Namun ketika kekecohan tersebut belum reda, timbul pula persoalan tentang status orang Islam yang hilang nyawa akibat wabak ini.

BACA : WHO Isytihar COVID-19 Sebagai Pandemik, Apakah Langkah Yang Perlu Dilakukan?

Kecoh Gugur Syahid Kerana Koronavirus, Ustaz Azhar Idrus Tampil Beri Penjelasan

Terbahagi kepada dua

Bagi menjelaskan persoalan yang berlegar di fikiran orang ramai ketika ini, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah tampil dengan memberikan jawapan. Dia mengatakan para ulama membahagikan syahid kepada dua iaitu syahid dunia dan syahid akhirat. Syahid dunia adalah bagi mereka yang gugur ketika membela atau mempertahankan agama seperti berperang dengan orang kafir. Bagi syahid akhirat pula adalah mereka yang menemui ajal akibat terkena wabak, melahirkan anak atau ditimpa kecelakaan.


Kecoh Gugur Syahid Kerana Koronavirus, Ustaz Azhar Idrus Tampil Beri Penjelasan

Kecoh Gugur Syahid Kerana Koronavirus, Ustaz Azhar Idrus Tampil Beri Penjelasan
Gambar sekadar hiasan

Ajal akibat COVID-19 adalah syahid

Berdasarkan penjelasan tersebut, UAI mengklasifikasikan kematian kerana virus korona ini sebagai syahid akhirat. Para ulama juga mengatakan mereka yang gugur ini akan mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak. Namun begitu jasad mereka tidak akan diuruskan seperti yang syahid dunia dan akan dikafankan serta disolatkan seperti kebiasaannya.

Kecoh Gugur Syahid Kerana Koronavirus, Ustaz Azhar Idrus Tampil Beri Penjelasan


Kecoh Gugur Syahid Kerana Koronavirus, Ustaz Azhar Idrus Tampil Beri Penjelasan
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Facebook Ustaz Azhar Idrus


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kecoh Gugur Syahid Kerana Koronavirus, Ustaz Azhar Idrus Tampil Beri Penjelasan

Sharing is caring!