Syarikat Utusan & Kosmo Minta Derma, 300 Pekerja Tuntut Gaji 3 Bulan Tertunggak

Semalam kecoh di media sosial apabila syarikat akhbar yang tertua di Malaysia, Utusan Melayu (M) Berhad akan menghentikan cetakan surat khabar mereka secara rasminya pada hari Rabu ini. Menurut laporan Astro Awani, syarikat tersebut telah menanggung beban hutang yang banyak sejak dua tahun lepas gara-gara tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan masyarakat masa kini.

BACA: Anak Lahir, Tapi Takde Duit. Pemain Bola Kesal Tak Dibayar Gaji

Gagal bayar gaji pekerja

Apa yang menyedihkan lagi apabila syarikat tersebut gagal membayar gaji pekerja mereka yang kini lebih daripada 300 orang kakitangan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga gagal membayar pampasan kepada bekas kakitangan yang mengambil Skim Pemisah Sukarela (VSS) sejak tahun lepas.

100 kakitangan tuntut gaji

Susulan daripada kejadian tersebut, lebih daripada 100 kakitangan pekerja di sana mengadakan piket di luar bangunan syarikat tersebut pada hari Isnin yang lalu. Pemberontakan tersebut dilakukan secara aman bagi mengelakkan daripada apa-apa kejadian yang tidak diingini terjadi.

Lancarkan kutipan berbentuk wang dan barangan

Difahamkan, syarikat tersebut kini sedang melancarkan kutipan yang berbentuk wang tunai dan barangan keperluan buat pekerja di sana. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Sherry Al Hadad menerusi laman Instagram rasminya baru-baru ini. Program kutipan ini juga akan dilancarkan pada hari Jumaat ini bertempat di Driveway Balai Berita pada jam 10 pagi hingga 4 petang.

Sumber: Astro Awani, IG sherry_alhadad & malaysiagazette

Apa Komen Anda?