Bagi pasangan pengantin baru, mereka sering menjadi sasaran usikan keluarga dan rakan terdekat tidak mengira masa. Mendirikan rumah tangga hampir 2 minggu lalu, Syifa Melvin juga turut ‘dibahan’ oleh adik beradik lain menerusi sebuah siaran live TikTok sehingga tular.
BACA : “Hat Jantan Tak Main Peranan” – The Melvin Bahan Pawi & Syifa Asyik Berkepit
Nombor bilik pun tak habaq…Takpolah bagi rasa…Sebulan 2 bulan lagu tu la…Kita dulu pun lagu tu
Pada semalam, mereka berempat diundang untuk datang ke rancangan ‘MeleTOP’. Menceritakan semula apa yang jadi, sebenarnya ketika itu keluarga ini selamat tiba di Terengganu untuk majlis bertandang Syifa. Walaupun bilik hotel mereka berdekatan, mempelai nampaknya banyak menghabiskan masa berdua saja.
Kalau dia pi Thailand, sapa nak live dengan kami tiap-tiap malam
Paling lucu, Syatilla sempat memberikan jelingan apabila Syifa memaklumkan bakal ikut Safawi Rasid ke Thailand selepas ini. Namun di sebalik semua itu, mereka sebenarnya agak sedih nanti Syifa tiada lagi dalam aktiviti live malam hari. Bercakap tentang kecaman terhadap perkahwinannya, wanita berkenaan terima dengan hati terbuka.
Daripada live TikTok sampai live TV…Best dapat adik beradik masuk air macam ni
Melalui ruang komen, gurauan ‘masuk air’ 4 beradik itu cukup menghiburkan hati ramai. Lebih-lebih lagi muka ‘Mak Cik Bawang’ yang dibuat oleh Syatilla saat memerli Syifa.
Kredit : YouTube MeleTOP & TikTok Buletin TikTok
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
