Apabila menginjak usia remaja, anak-anak mudah suka bertindak nakal mengikut kepala sendiri. Akibat banyak sangat melakukan perkara yang tidak elok, mereka sudah terbiasa dan tersasar jauh sehinggalah berlaku tragedi yang menginsafkan. Kini, seorang pemuda berkongsi pengalaman selepas menerima kifarah akibat perbuatan lama.
BACA: Wajah Terkena Api Masa Umur 3 Tahun, Walau Banyak Nangis Gadis Ini Terus Tabah
Keras kepala dan selalu pentingkan kawan daripada keluarga
Menerusi Twitter, pemilik akaun bernama AqilLost berkongsi kisahnya terlibat dalam satu nahas jalan raya sebagai satu tanda kifarah kerana sering bersikap tidak baik terhadap ibu bapanya. Sepanjang bulan Ramadan pada tahun itu, pemuda ini telah menipu dalam banyak perkara termasuklah mengenai ibadah puasanya.
Konon nak cuba bawa motosikal, sekali kecundang atas jalan tar
Sehinggalah pada suatu malam, dia berjaya menunggang motosikal milik seorang rakan selepas berbohong kepada ibu bapanya. Malangnya, Aqil bersama rakan terbabit tercampak ke atas jalan raya kerana tidak perasan akan kewujudan bonggol yang berdekatan. Akibat daripada kejadian itu, pemuda ini mengalami beberapa kecederaan yang lebih teruk berbanding rakannya.

Jangan ingat bila dah menipu, boleh terlepas begitu sahaja
Menyedari akan kejadian itu, seorang lelaki gegaskan mereka berdua ke pusat perubatan dan ayah kepada pemuda ini meluahkan rasa kecewa terhadapnya pada malam berkenaan. Aqil juga sempat mengingatkan orang ramai agar tidak menipu dan menderhaka terhadap ibu bapa kerana Allah boleh berikan balasan secara ‘cash‘ pada bila-bila masa sahaja.
Sumber: Twitter AqilLost
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura