“Syukur Baju Je Masuk, Kalau Kaki Macam Mana?” – Gadis Insaf Tragedi Pagi Raya

Di pagi hari lebaran yang lalu, tular di laman sosial tentang beberapa keping foto yang memaparkan busana raya seorang gadis dipercayai tersangkut di dalam tayar motosikal. Bagaimanapun, dia dilihat seperti tidak mengalami sebarang kecelakaan jalan raya, kecuali bahagian bawah busana berwarna merah jambu itu dilihat agak hancur gara-gara kejadian tersebut. Tragedi yang disifatkan bernasib baik itu telah mendapat perhatian ramai netizen yang risau dengan situasi tersebut.

BACA: [VIDEO] “Astaga Makcik!” – Salam Raya Bertukar Kecoh Bila Tikus Datang Melintas

Menerusi laporan sebuah portal hiburan baru-baru ini, gadis yang dikenali sebagai Mira mendedahkan bahawa dia kejadian malang tersebut terjadi sewaktu dia menunggang motosikal bersama seorang rakan yang duduk di bahagian belakang yang sedang dalam perjalanan pergi beraya.

Kain dah angkat…tapi terbang sebab berangin naik motor

Hampir jatuh tapi nasib baik sempat brek…sempat merasa sejam je

Kredit foto: mStar

Rentetan daripada tragedi itu, Mira terpaksa memakai pakaian yang sudah disiapkan untuk hari raya kedua. Dia juga tidak menafikan agak trauma, lebih-lebih lagi selepas pernah terlibat dalam kejadian yang lebih kurang sama pada tahun lalu yang mengakibatkan keceder4an pada bahagian paha kiri dan tulang belakangnya.

Terpaksa pakai awal sebab baju pertama dah rosak…

Kredit foto: mStar

Bersyukur sebab baju yang masuk…kalau kaki, macam mana nak raya?

Sumber: mStar

Apa Komen Anda?