Inspirasi Isu Semasa

Tabah Hadap Bau Busuk Dan Sapu Ulat, Lelaki Dedah Realiti Kerja Pengutip Sampah

Tabah Hadap Bau Busuk Dan Sapu Ulat, Lelaki Dedah Realiti Kerja Pengutip Sampah

Tidak dapat dinafikan, semua orang perlu bekerja bagi menyara diri serta ahli keluarga. Tidak kiralah apa jua pekerjaan, janji ia halal demi sesuap nasi.  Bagaimanapun, ada juga segelintir orang yang gemar memandang rendah akan kerja orang lain tanpa mengetahui cabaran yang perlu mereka lalui.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Kongsi realiti hidup kerja pengutip sampah…tetap bersyukur demi mencari rezeki halal

Sama jugalah seperti kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini mengenai realiti hidup sebagai seorang pekerja pengutip sampah. Menerusi perkongsian anaktiomancover di laman TikTok, dia telah menunjukkan beberapa prosedur ketika menguruskan longgakan plastik yang banyak. Difahamkan, mereka akan memeriksa secara teliti setiap barang sama ada masih boleh dipakai sebelum proses pelupusan dijalankan.

@anaktiomancover

Syukur

♬ bunyi asal – anaktiomanCOVER – anaktiomanCOVER

Ini golongan sampah merayap dan penambahan kerja

Walaupun sudah terbiasa, namun ada juga cabaran yang terpaksa lelaki berkenaan lalui. Menerusi sorotan yang lain, kelihatan seorang lelaki yang gigih menyapu ulat sampah yang membanjiri kawasan tersebut. Jelasnya, ia seakan-akan menyukarkan pekerjaan mereka kerana perlu membersihkan haiwan kecil itu terlebih dahulu. Biarpun terpaksa berhadapan dengan bau yang menusuk, namun dia serta rakan-rakannya tetap tabah demi mencari sesuap nasi.

@anaktiomancover

Ini golongan sampah merayap dan penambahan kerja

♬ ดูเธอทำ – Live – Job 2 Do

Wow bang, ni satu sisi yang orang Malaysia jarang tengok…tak semua orang mampu buat kerja ni

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa terharu dengan pengorbanan lelaki itu yang mampu bekerja dalam sektor berkenaan. Malah, ada juga yang sempat memuji ketabahan mereka walaupun terpaksa berhadapan dengan bau yang menyengat setiap hari.

Tabah Hadap Bau Busuk Dan Sapu Ulat, Lelaki Dedah Realiti Kerja Pengutip Sampah

Tabah Hadap Bau Busuk Dan Sapu Ulat, Lelaki Dedah Realiti Kerja Pengutip Sampah

Tabah Hadap Bau Busuk Dan Sapu Ulat, Lelaki Dedah Realiti Kerja Pengutip Sampah

Kredit: TikTok anaktiomancover

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tabah Hadap Bau Busuk Dan Sapu Ulat, Lelaki Dedah Realiti Kerja Pengutip Sampah

Facebook

Telegram