Tahan Pemandu Konon Ada Kucing Di Bawah, Rupanya Ini Taktik Samun Kereta

Pada zaman yang penuh pancaroba masa kini, ancaman boleh datang daripada pelbagai arah dan tanpa disangka-sangka untuk berlaku. Jika beberapa tahun dahulu para penjenayah cuma menyasarkan untuk mencuri kenderaan yang berada di kawasan parkir atau di kawasan kediaman, namun mereka kini telah berani pula untuk melakukan operasi tersebut di tengah-tengah jalan pula.

BACA: “Menyamun Tak Takut” – Kisah Penyamun Takut Bini Undang Rasa Lucu, Ini Puncanya!

Gambar sekadar hiasan

Traffic light merah…datang buat2 check bawah kereta

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki ini yang hampir terkena di Gombak beberapa bulan lalu.

Dia tak bagi jalan sebab takut Ianggar anak kucing tu..

Khuatir dengan kelakuan lelaki tersebut, dia terus-terus menguncikan semua pintu kereta dan terus memeriksa situasi di sekeliling kenderaannya itu. Lelaki tadi mendakwa bahawa terdapat seekor anak kucing berada di bawah keretanya pada masa itu, namun pemandu ini turut perasan ada beberapa orang lagi di dalam kereta di belakangnya.

Gambar sekadar hiasan

Syak modus operandi dia…bila keluar, terus bawa lari kereta

 

Gambar sekadar hiasan

Jangan cakap dengan orang yang tahan kereta

Oleh itu, dia menasihati semua orang agar sentiasa berwaspada untuk menguncikan kenderaan sejurus selepas masuk ke dalam kereta dan jangan berinteraksi dengan orang yang tiba-tiba bertindak untuk menahan kereta.

Sumber: Twitter hazertch

Apa Komen Anda?