Pembukaan Piala Dunia 2022 Qatar yang berlangsung beberapa hari lepas dengan konsep Islamik pastinya masih memberikan kesan hingga sekarang. Peminat bola sepak dari seluruh pelosok dunia juga sanggup terbang ke negara berkenaan bagi menyaksikan perlawanan kumpulan kegemaran masing-masing.
BACA : Usia 15 Tahun Dipenjara & Tak Pernah Jumpa, Ibu Nangis Anak Umur 30 Tahun Bebas
Menonton Piala Dunia dengan teman, tidak…Menonton dengan tahanan, ya
Berbeza negara dan individu, setiap orang punyai cara tersendiri baik ‘berkampung’ kedai mamak ataupun menonton TV di rumah sahaja. Namun bagi seorang penjaga penjara ini, kebaikannya yang sudi berkongsikan keterujaan musim World Cup kepada beberapa orang tahanan nyata membuatkan ramai sebak.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Kebaikan seorang pegawai penjara raih jutaan tontonan di TikTok
Hanya menggunakan sebuah laptop, skrinnya telah dihalakan kepada semua tahanan yang setia menunggu di sebalik tirai besi. Semuanya nampak fokus menumpukan perhatian penuh kepada perlawanan yang sedang berlangsung. Dikongsikan 2 hari lepas, rakaman sporting itu berjaya meraih lebih 4.7 juta tontonan.
@gust14r Pentingnya memanusiakan manusia 🙏
InsyaAllah nanti keluar diaorang akan tolong balik percayalah…Terima kasih sebab jadi orang baik
Sikap timbang rasa dan penuh kemanusiaan yang ditunjukkan polis tersebut meraih pujian melambung daripada netizen. Betapa buruknya seorang insan pun, semuanya layak dilayan sebagai manusia dan mereka yakin kebaikan ini akan terbalas semula satu hari nanti.
Kredit : TikTok Gustiar Fauzar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura