Family Inspirasi Kehidupan

Pergi Bersila Masa Tahiyat Akhir, Ozlynn ‘Geram’ Tengok Keletah Si Moleiq Solat

Pergi Bersila Masa Tahiyat Akhir, Ozlynn ‘Geram’ Tengok Keletah Si Moleiq Solat

Sharing is caring!

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah ungkapan yang sesuai buat couple selebriti Johan Raja Lawak dan Ozlynn dalam mendidik agama kepada anak-anak mereka. Sering sahaja kita teruja melihat di laman sosial apabila mereka berdua sudah mula mengajar anak-anak untuk mendirikan solat dan mengaji sejak kecil lagi.

BACA: Tak Ada Lagi ‘Drama’ Balik Kampung, Baik Duduk Rumah Dari Sebarkan Wabak


Pergi Bersila Masa Tahiyat Akhir, Ozlynn ‘Geram’ Tengok Keletah Si Moleiq Solat

Boleh paksa si kakak duduk saf lelaki…

Menerusi sebuah posting di Instagram, bermacam-macam keletah anak bongsu mereka iaitu Moleiq Hanania ketika hendak menunaikan solat secara berjemaah. Si kecil itu suka pula memaksa kakaknya, Chantiq Hanania untuk bersolat di barisan jemaah lelaki.

Pergi Bersila Masa Tahiyat Akhir, Ozlynn ‘Geram’ Tengok Keletah Si Moleiq Solat

Pergi Bersila Masa Tahiyat Akhir, Ozlynn ‘Geram’ Tengok Keletah Si Moleiq Solat

Kain telekung dicabutnya… tahiyat akhir dia bersila pulak

Apabila si kecil berumur hampir 2 tahun itu  dipakaikan telekung seperti yang dipinta, dia mencabut dan menyorokkan pula kainnya. Selain itu, dia juga bertindak duduk secara bersila ketika melakukan tahiyat akhir. Dengan jari yang kontot dan mulut terkumat kamit konon membaca doa itu, membuatkan isteri kepada pelawak terkenal ini ‘geram’ pula melihat anak gadisnya.


Pergi Bersila Masa Tahiyat Akhir, Ozlynn ‘Geram’ Tengok Keletah Si Moleiq Solat

Pergi Bersila Masa Tahiyat Akhir, Ozlynn ‘Geram’ Tengok Keletah Si Moleiq Solat

Tak mengapa, yang penting dia mahu solat…

Menurut isteri kepada Johan ini, dia ada berpesan kepada si kecil itu tentang saf perempuan. Akan tetapi, suaminya hanya membiarkan sahaja asalkan kanak-kanak berkenaan masih berminat untuk menunaikan ibadah wajib itu walaupun dia tidak tahu apa-apa.

Pergi Bersila Masa Tahiyat Akhir, Ozlynn ‘Geram’ Tengok Keletah Si Moleiq Solat

Pergi Bersila Masa Tahiyat Akhir, Ozlynn ‘Geram’ Tengok Keletah Si Moleiq Solat

Sumber: IG Jozlynnhanania


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!