Viral

“Tahu-Tahu Je Dah Masuk”- Kucing Bijak Buka Pintu Sendiri, Siap Lompat & Paut

“Tahu-Tahu Je Dah Masuk”- Kucing Bijak Buka Pintu Sendiri, Siap Lompat & Paut

Sebut sahaja mengenai kucing, pasti terbayang gelagat comelnya pasti boleh menghilangkan lelah setelah seharian menghadapi stress. Malah, ‘si meow’ ini juga sebenarnya sangat bijak terutama apabila sudah biasa dengan sesebuah tempat seperti yang berlaku baru-baru ini.

BACA: Sengaja Buang Kucing Alasan Anak Semput, Rupanya Boleh Kena Kompaun RM100 Ribu

Tak ada salam, tahu-tahu je dia dah masuk, siap lompat dan paut tombol pintu pulak tu

Melalui Twitter @aimanajmuddin, seekor kucing berwarna putih bertompok hitam dilihat begitu bijak membuka pintu dengan sendiri. Kejadian ini berlaku dalam kolej kediaman pelajar lelaki di UniSZA. ‘Si bulus’ berkenaan dilihat melompat dan berpaut pada tombol pintu sebelum melompat turun apabila ia terbuka.


Memang ‘orang’ lama dekat situ, duduk kolej sejak tahun 2016 lagi

Menurut senior kepada pemuda ini, haiwan berkenaan diibaratkan seperti orang lama di situ. Hal ini kerana, kucing tersebut sudah dikatakan tinggal di kawasan kolej kediaman terbabit sejak tahun 2016 lagi.

“Tahu-Tahu Je Dah Masuk”- Kucing Bijak Buka Pintu Sendiri, Siap Lompat & Paut

Comel je dia bila buka pintu tu… ni mesti dah ada pangkat sebagai warden kolej

Video berdurasi 17 saat itu telah meraih lebih 170 ribu tontonan dan 15 ribu retweet setakat ini. Selain memuji kecomelan serta kebijaksanaan ‘si comel’ berkenaan apabila membuka pintu dengan sendiri, para netizen turut berseloroh kononnya ia sudah tahu segala selok-belok kawasan berkenaan sehingga diibaratkan sebagai warden.


“Tahu-Tahu Je Dah Masuk”- Kucing Bijak Buka Pintu Sendiri, Siap Lompat & Paut

“Tahu-Tahu Je Dah Masuk”- Kucing Bijak Buka Pintu Sendiri, Siap Lompat & Paut

“Tahu-Tahu Je Dah Masuk”- Kucing Bijak Buka Pintu Sendiri, Siap Lompat & Paut


“Tahu-Tahu Je Dah Masuk”- Kucing Bijak Buka Pintu Sendiri, Siap Lompat & Paut

Sumber: Twitter @aimanajmuddin

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Tahu-Tahu Je Dah Masuk”- Kucing Bijak Buka Pintu Sendiri, Siap Lompat & Paut

Facebook

Telegram