Inspirasi

“Tahun 2018 Nak Belajar Solat, Jadi Aku Pergi Rumah Allah Tapi Dapat Jelingan”

“Tahun 2018 Nak Belajar Solat, Jadi Aku Pergi Rumah Allah Tapi Dapat Jelingan”

Sharing is caring!

Penampilan seorang personaliti TV ini sudah tidak asing lagi di laman Twitter apabila sering berkongsi kisah-kisah inspirasi bersama netizen. Hazeman Huzir dulunya sering tampil berambut ‘blonde’ sehingga sering menerima kecaman. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut kini telah berubah ke arah lebih baik dan menjadikan penghijrahannya satu motivasi seperti perkongsian terbarunya yang sempat tular. 


BACA: [VIDEO] Tak Tahu Pun Dapat Hidayah Lisa Surihani Dedah Kisah Sebalik Hijab

Jelingan itu seolah ‘kau tak boleh ada di sini, kau blonde

Perkongsian tersebut sebelumnya pernah diceritakan dalam sebuah video di laman rasmi Youtube dirinya. Waktu itu dia mengakui sudah jauh dari landasan yang sebenar apabila bertahun -tahun tidak menjalankan suruhan Allah iaitu solat. Namun di saat dirinya tersedar untuk mendalami ilmu agama, lelaki tersebut mendapat pandangan tidak manis oleh seorang jemaah sewaktu berkunjung ke sebuah rumah Allah. 


“Tahun 2018 Nak Belajar Solat, Jadi Aku Pergi Rumah Allah Tapi Dapat Jelingan”

“Tahun 2018 Nak Belajar Solat, Jadi Aku Pergi Rumah Allah Tapi Dapat Jelingan”

Kasihanilah kami yang baru nak belajar ini

Dek kerana jelingan sinis itu seolah-olah tidak menerima kehadirannya ke situ, pengacara lelaki tersebut menjadi takut untuk berkunjung ke rumah Allah sehingga berminggu-minggu. Bimbang sekiranya peristiwa sama berulang lagi, dia sempat menasihati orang ramai untuk bersifat lebih terbuka dan memberi sokongan kepada insan-insan yang ingin berubah ke jalan-Nya. Tambahnya lagi, setiap manusia mempunyai kisah silamnya sendiri dan siapalah kita untuk menilai ‘dosa pahala’ orang lain. 


 

“Tahun 2018 Nak Belajar Solat, Jadi Aku Pergi Rumah Allah Tapi Dapat Jelingan”

“Tahun 2018 Nak Belajar Solat, Jadi Aku Pergi Rumah Allah Tapi Dapat Jelingan”

“Tahun 2018 Nak Belajar Solat, Jadi Aku Pergi Rumah Allah Tapi Dapat Jelingan”

Sumber: Twitter Hazeman Huzir 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!