Trauma Anak Terhentak & Ajal, Bapa Luah Kesal Tak Letak Dalam Car Seat
Sejak kebelakangan ini, topik mengenai penggunaan car seat untuk kanak-kanak terus menjadi bualan hangat. Ia susulan tindakan kerajaan mewajibkan pelaksanaan bagi kenderaan yang dinaiki kanak-kanak bermula tahun 2020. Keputusan berkenaan mendapat pelbagai reaksi serta tentangan. Namun, muncul seorang lelaki menyokong dasar tersebut sambil berkongsi kisah tragis yang pernah menimpa keluarganya sebelum ini.
BACA: Jangan Berkira Untuk Pakai Car Seat, Nyawa Bayi Lebih Terancam Tanpanya
Terhentak pada airbag sewaktu nahas jalan raya
Peristiwa hitam yang terjadi 2 tahun yang lalu telah meragut nyawa anak lelakinya, Naufal Hadi yang waktu itu baru berumur setahun 8 bulan. Kecelakaan jalan raya yang berlaku mengakibatkan si kecil itu yang sedang tidur mengalami ‘bleeding’ di bahagian kepala gara-gara terhentak pada airbag sewaktu tidur di pangkuan ibunya.

Sebab kesian ambil keputusan pangku anak
Menerusi artikel Pa&Ma, Allahyarham Naufal Hadi sebelum ini sememangnya sentiasa berada dalam car seat ketika menaiki kenderaan. Namun pada hari kejadian, anaknya itu merengek-rengek serta meminta untuk didakap sentiasa. Malah ia berlaku dalam jarak hanya 200 meter menghampiri rumah mereka.

Pengajaran bagi saya untuk anak kedua guna car seat
Awalnya, kanak-kanak itu dilihat mengalami lebam besar di dahi tapi dalam keadaan tak bermaya. Namun dia segera dimasukkan ke bahagian Unit Rawatan Rapi sebaik tiba ke pusat perubatan apabila fizikalnya tenat sekali. Ujar Saiful Hadi, dia tidak sedar selama 2 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. Berikutan peristiwa berkenaan, kedua-dua suami isteri berkenaan sudah serik dan akan memastikan anak kedua pula sentiasa berada dalam car seat ketika dibawa menaiki kereta.
Sumber: Facebook Pa&Ma
Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI