Family Inspirasi

Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK

Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK

Sharing is caring!

Kebanyakan wanita masa kini sudah mampu berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki. Jika terdahulu wanita gemar duduk di dapur selain menjadi suri rumah sepenuh masa, berbeza pula dengan zaman sekarang kerana mereka cenderung mengejar impian masing-masing. Tatkala sesetengahnya mengganggap perkahwinan akan menjadi penghalang, berbeza dengan seorang wanita ini yang cekal merealisasikan impian sebagai pakar perbidanan luar negara.

BACA: Masih Berbaju Pengantin, Suami Isteri Doktor Sanggup Bantu Orang Terbabit Nahas

Ujian datang silih berganti

Menerusi laman Facebook milik Fahmi Adli, lelaki ini menceritakan pengalaman sukar mereka sekeluarga apabila menetap di laur negara sambil menanti kelahiran cahaya mata pertama. Selepas melahirkan zuriat, isterinya iaitu Puteri Atiqah Zainuddin telah menghadapi kesukaran berjalan dan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Dalam pada itu, Fahmi Adli dilihat memainkan peranan penting dan menjadi pendorong untuk wanita tersebut meneruskan perjuangan menjadi seorang pakar perbidanan.


Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK

Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK

Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK

Orang bujang pun belum tentu lepas exam ni

Sepanjang itu juga, mereka seakan menerima berita gembira kerana isterinya berjaya mendapatkan tempat latihan di sebuah lokasi berprestij iaitu Oxford Deanary. Disangka sudah bebas daripada pelbagai cabaran, rupanya mereka terus menerima ujian dengan masalah tempat tinggal pula. Namun ia tidak menjadi penghalang untuk Puteri Atiqah apabila ibu ini melepasi sebuah peperiksaan besar yang menjadi batu loncatan dalam mengejar cita-citanya. 

Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK

Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK

Sebagai suami, galakkan isteri sambung bidang perbidanan

Namun secara keseluruhan, lelaki ini menjelaskan bahawa sikap toleransi dalam rumah tangga amatlah penting.  Dalam pada itu, dia sendiri menggalakkan lebih ramai lelaki akan membenarkan isteri atau anak perempuan mereka menjadi pakar perbidanan untuk memenuhi ‘kelompongan’ dalam bidang tersebut.


Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK

Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK

 

Sumber : Fahmi Adli


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Boleh Jalan Lepas Bersalin, Berkat Kegigihan Kini Bergelar Pakar Bidan UK

Sharing is caring!