Family Kehidupan

Tak Cam Anak Sendiri, Gadis Teruja Jumpa Ayah Kandung Lepas 19 Tahun Pisah

Tak Cam Anak Sendiri, Gadis Teruja Jumpa Ayah Kandung Lepas 19 Tahun Pisah

Setiap orang pasti cukup mengimpikan sebuah keluarga yang lengkap dan juga bahagia. Walau bagaimanapun, tak semua orang berpeluang merasainya malah perlu berdepan hakikat jodoh ibu bapa yang tak panjang. Susulan itu, ada anak-anak yang terpaksa berpisah daripada ibu mahupun bapa tercinta.


BACA: 9 Bulan Terpisah, Lihat Reaksi Ibu Tak Keruan Anak Tiba-Tiba Muncul Depan Mata

Setelah 19 tahun, aku & ayah baru berjumpa…Awalnya mahu give up cari dia

Sebuah video dari akaun TikTok syyyy.mynn menjadi tular selepas berkongsi tentang pertemuannya dengan bapa kandung selepas 19 tahun terpisah. Gadis bernama Syamin ini akui pernah hampir berputus asa mencari ayahnya kerana dia sendiri tidak pernah melihat wajah lelaki itu.


Tak Cam Anak Sendiri, Gadis Teruja Jumpa Ayah Kandung Lepas 19 Tahun Pisah

Rasa gementar, sejuk & gelabah gila…Dah jumpa terasa happy & nak nangis je rasa

Setelah dibantu oleh seorang sahabat ayahnya, pemilik video ini akhirnya dapat menghubungi lelaki tersebut melalui aplikasi Whatsapp. Awalnya si ayah tertanya-tanya siapakah gerangan gadis yang menghantar mesej kepadanya. Selepas memperkenalkan diri, mereka terus cadang untuk bertemu. Dalam pada itu, Syamin akui perasaannya bercampur baur sebelum dan semasa mereka bertentangan mata.


@syyyy.mn

finally i found him after 19years 😭♥️ happy gila tauuuu #fyp #fypシ

♬ suara asli – rafaaldiansyah – rafaaldiansyah

18 tahun tak pernah jumpa & tak tahu nama ayah sendiri…20 tahun tak pernah jumpa ayah kandung

Sejak dimuat naik 10 jam lalu, video berkenaan telah meraih 14 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak mengenangkan perasaan pemilik video ini. Ramai juga antara mereka berkongsi kisah sedih yang sama.

Tak Cam Anak Sendiri, Gadis Teruja Jumpa Ayah Kandung Lepas 19 Tahun Pisah

Tak Cam Anak Sendiri, Gadis Teruja Jumpa Ayah Kandung Lepas 19 Tahun Pisah

Tak Cam Anak Sendiri, Gadis Teruja Jumpa Ayah Kandung Lepas 19 Tahun Pisah

Kredit: TikTok syyyy.mynn

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Cam Anak Sendiri, Gadis Teruja Jumpa Ayah Kandung Lepas 19 Tahun Pisah

Facebook

Telegram