“Tak Dapat Kelentong Dah..” – Suami ‘Cuak’ Baju Putih Isteri Bertukar Jadi Pink

Dalam kehidupan berumah tangga, tak dinafikan bahawa akan terjadinya beberapa insiden atau kesilapan yang kita lakukan terhadap partner atau anak-anak. Cuma persoalannya adakah kita mahu mengakui perkara tersebut dan memohon maaf kepada mereka? Itulah situasi yang berlaku terhadap seorang lelaki ini apabila tidak sengaja ‘merosakkan’ pakaian yang baru sahaja dibeli oleh isterinya.

BACA: Wanita Ini Risau Dimarah Sebab Terkena Kereta Orang, Tapi Sebaliknya Berlaku

Dia beli blaus putih tu sebab belum pernah ada lagi

Gara-gara telah mencampurkan sehelai blaus putih dan merah isterinya di dalam mesin basuh, lelaki yang dikenali sebagai Adli Amirullah ini ‘cuak’ apabila pakaian tersebut turun warna dan bertukar menjadi pink. Lebih teruk lagi, pakaian tersebut adalah satu-satunya blaus putih yang ada dalam simpanan isterinya.

Dah cuba rendam peluntur tapi gagal…terpaksa cari kedai asal

Enggan memaklumkan kepada teman hidupnya, dia terlebih dahulu meminta pandangan untuk menyelesaikan masalah ini dan cuba rendam baju di dalam peluntur seperti yang dicadangkan beberapa netizen di laman Twitter. Malangnya usaha itu gagal membuahkan hasil dan dia nekad untuk mencari pakaian yang baru di sebuah pusat membeli belah di ibu kota.

Sampai scan satu mall…nasib baik jumpa, yang terakhir pula tu

Tak dapat ‘kelentong’ dah…lepas ni beritahu semua yang jadi kat isteri

Memandangkan pakaian putih yang bertompok pink tersebut telah dipenuhi bau peluntur yang sangat kuat, maka saudara Adli tidak mempunyai rancangan seterusnya selain mengalah dan terpaksa berterus terang dengan isterinya. Tapi lucunya, wanita itu kini sambung merajuk kerana suaminya telah pergi ke mall tanpa membawanya bersama.

Lain kali jujur je & lepas tu ajak shopping sekali…dah settle

Kisah cemas jejaka ini nampaknya menjadi viral apabila telah meraih lebih 8 ribu retweets setakat dimuat naik pada 2 hari yang lalu. Selain memuji usaha dan sikapnya yang sangat bagus dalam menjaga hati isteri, rata-rata netizen turut ‘menurunkan petua’ hilangkan kesan turun warna dengan efektif di ruangan komen.

Sumber: Twitter AdliAmirullah

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?