Tak Dapat Masuk Beraya, Budak-Budak Ini ‘Komplot’ Jahanamkan Pagar Tuan Rumah!

Kanak-kanak yang gemar bertandang dari rumah ke rumah sememangnya menambahkan lagi kemeriahan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun ada sesetengahnya yang sekadar mahu mengumpul duit raya, namun seronok sebenarnya apabila dapat melayan kerenah mereka. Namun baru-baru ini, gadis dikenali sebagai Zeiqa Razali telah meluahkan rasa kesal apabila pagar rumah telah dirosakkan oleh sekumpulan kanak-kanak ketika mahu datang beraya di kediamannya.

Baca : Cermin Pecah Kena Batu Body Kereta Calar, Adab Budak Beraya Makin Melampau!

Tadi masa balik raya, kami terkejut sebab pagar dengan lantai rumah kena calar. Malangnya CCTV kami tak dapat tangkap siapa yang buat. Nasib baik jiran sebelah dapat rakam.

Bukan sahaja rumahnya, malahan rumah jirannya turut menerima nasib sama. Bila periksa rakaman CCTV, rupanya sekumpulan budak lengkap berbaju raya telah ligat menconteng pagar serta bermain peti surat dengan kasar.

Memang kerosakan yang terjadi tidak begitu serius. Namun begitu, Zieqa tetap bengang dengan kejadian tersebut.

Mak bapak tolonglah nasihatkan anak masing-masing. Harta benda orang jangan dibuat macam ni. Sesiapa yang kenal budak-budak ni, tolonglah nasihat. Kalau nak beli cat untuk padam contengan tu pun bukan percuma.

Agaknya dia orang ingat kami tak nak panggil masuk. Tapi masa tu kami pun takde kat rumah sebab keluar beraya. Kalau tak, takdenya nak larang masuk. Datang tahun depan je la. Tapi jangan lupa minta maaf dengan tuan rumah yang korang conteng tu.

Sumber : Twitter Zieqa Razali

Apa Komen Anda?