Dalam kebahagiaan sesebuah keluarga, apa yang menjadi mimpi buruk buat mereka adalah perpisahan. Adakalanya ia boleh berlaku kepada ibu bapa yang terpaksa berjauhan dengan anak atas faktor kerja. Tidak kiralah lama mahupun sekejap, ikatan yang erat pasti akan membuahkan rasa rindu antara satu sama lain.
BACA: Lumrah Jadi Anak Bongsu, Terpaksa Reda Tidur Ruang Tamu Bila Tiba Musim Raya
Selepas 7 bulan tak jumpa, while waiting for daddy dekat tempat kerja
Namun, lain pula yang jadi kepada seorang ayah ini selepas mencetuskan suasana lucu ketika bertemu dengan cahaya mata setelah sekian lama. Berdasarkan sorotan masdanielalhaqq77 di laman TikTok, pada awalnya wanita tersebut ingin buat suprise di tempat kerja suami selepas terpisah selama 7 bulan. Tidak lama kemudian, mereka akhirnya dapat melihat sosok lelaki berkenaan sebelum si anak berlari untuk mendakap bapanya.
Aryan tanpa gagal ajak daddy…mommy blur sekejap tengok reaction daddy
Bagaimanapun, moment penuh hiba itu seketika menjadi lucu selepas lelaki tersebut seakan-akan tidak mengenali anaknya. Malah, reaksi wajah pelik yang ditunjukkan ketika merenung lama ke arah Aryan juga sudah cukup mencuit hati isterinya. Selepas melihat kelibat isteri, barulah si ayah menyedari akan identiti kanak-kanak berkenaan sebelum dengan pantas mengendong zuriatnya.
@masdanielalhaqq77 Hahahahah mommy blurr jap tgk reaction daddy hg Aryan..🤣🤣🤣 fypシ aryaninMalaysia fyppppppppppppppppppppppp malaysiasaudiarabia🇲🇾🇸🇦
Dia ingat selama ni dia bujang kut lupa dah ada anak satu…reaction daddy pun, kesian dia
Secara keseluruhan, video tersebut telahpun mencapai sebanyak 532.2 ribu views. Netizen pada ruangan komen pula turut ikut terhibur melihat reaksi selamba lelaki itu. Walaupun lucu, namun mereka sempat berasa teruja melihat pertemuan mereka sekeluarga selepas lama terpisah.
Kredit: TikTok masdanielalhaqq77
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
