“Tak Kahwin Dengan Korang Pun” – Gadis Viral Isu Hantaran Balas Kecaman Netizen

Minggu lalu, tular sebuah video yang memaparkan beberapa orang gadis menyatakan pendapat masing-masing tentang jumlah hantaran yang sepatutnya diberikan pada hari perkahwinan nanti. Menurut mereka, nilai hantaran perlulah setaraf dengan kelulusan akademik yang dimiliki oleh seseorang itu, namun ditempelak oleh netizen yang menganggap perkara itu seperti terlalu materialistik. Semalam, 4 orang gadis ini muncul semula dalam sebuah video baru untuk membalas semua komen tersebut.

BACA: “Macam I Ada Degree..” – Wanita Ini Dikecam Sebab Demand Sangat Hantaran?

I tak judge pilihan korang…I nak hantaran RM15K, I carilah lelaki yang boleh bagi

“Ingat kahwin tu nak hantaran je ke?”

Menurut gadis dikenali sebagai Qaisara ini, dia hairan mengapa sesetengah netizen mengecam pendapat yang diberikan olehnya sedangkan setiap orang pasti mempunyai keinginan tersendiri. Pun begitu, video balas mengenai isu hantaran ini masih menerima kritikan hebat daripada netizen yang menganggap 4 gadis ini masih belum nampak lagi realiti sebenar tentang alam perkahwinan. Malah mereka juga tidak bersetuju dengan perbandingan yang dilakukan oleh gadis ini bahawa golongan lelaki perlu kahwin dengan orang gaji sekiranya mahukan isteri yang pandai memasak. 

Sumber: YouTube Lejen TV, Twitter brgsjks & Ir_syazwan

Apa Komen Anda?