Tak Kekok Sikatkan Kutu Di Rambut Murid Pedalaman, Guru Muda Raih Pujian

Tidak dinafikan guru-guru kini lebih memilih untuk mengajar di kawasan bandar berbanding di pedalaman. Malah cabaran ketika bertugas di pedalaman dan bandar juga nyata berbeza, meskipun matlamatnya satu untuk mendidik anak bangsa demi melahirkan insan berguna di masa hadapan. Perkara ini turut dirasai oleh seorang pendidik bernama Mohamad Ridzuan Mohamad Razali saat menerima arahan untuk berkhidmat di SK Pos Gedong, Bidor Perak.

BACA : Tu Bukan Rumah Kau.. Guru Bagi Teguran Pedas Terhadap Budaya Study Di Kafe

Sentuhan sakti, bermacam cara dilakukan demi membeli jiwa murid

Menurut Ridzuan, menjadi tanggungjawab seorang pendidik untuk memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lancar. Disamping itu, mereka juga berkhidmat untuk tugas-tugas lain yang mungkin tidak dirasai guru-guru di kawasan bandar. Antaranya seperti membersihkan kelas, menunggu di pagar sekolah pada setiap pagi serta sikatkan rambut murid yang dipenuhi kutu di kepala.

Advertisement

Magis melihat cikgu itu ikhlas tanpa prejudis

Selain itu, beliau turut memuji keikhlasan rakan setugasnya yang dikenali sebagi Cikgu Aisham Azaham dalam memenangi hati murid-muridnya. Beliau percaya bahawa dengan kelebihan seperti ini dapat membuka peluang kepada guru itu menabur budi, serta mencurah bakti dalam mendidik anak-anak peribumi yang tinggal jauh di pedalaman seperti ini.

Advertisement

Moga kesungguhan ini Allah beri nilaian yang menjadi asbab

Beliau juga percaya inisiatif yang dilakukan guru berkenaan dapat mewujudkan hubungan erat antara anak-anak didiknya. Secara tidak langsung, membantu menarik minat murid-murid berkenaan serta memupuk rasa selesa dalam diri mereka. Hal ini kerana, terdapat sesetengah murid masih perlu membiasakan diri dengan persekitaran baharu di sekolah terutamanya mereka yang baru memasuki Tahun Satu.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Facebook Mohamad Ridzuan Mohamad Razali

Advertisement

Apa Komen Anda?