Family Keibubapaan

Tak Kisah Bil Air Melambung, Anak Cuma Berhenti Nangis Bila Dengar Paip Terbuka

Tak Kisah Bil Air Melambung, Anak Cuma Berhenti Nangis Bila Dengar Paip Terbuka

Masihkah anda ingat kepada filem ‘Ahmad Albab’ di mana bayi kepada pengembala kambing bernama Syawal hanya akan berhenti menangis setelah mendengar ketukan pintu? Meskipun nampak pelik, siapa sangka seorang wanita ini turut mempunyai pengalaman seakan-akan sama. Tatkala anak orang lain akan terlena apabila didodoi dengan nyanyian ataupun hayunan buai, cahaya matanya pula sedikit berbeza.

BACA : Bawa Anak Pergi Konsert Cocomelon, Terkejut Ayahnya Pula Yang Berjoget Lebih

Anak gemar dengar bunyi air paip mengalir

Jelas wanita ini menerusi video TikTok yang dikongsikan, bayinya yang baru sahaja dilahirkan sekitar bulan lalu sangat suka kepada bunyi air mengalir. Jika menangis dan menghampiri waktu tidur, dia cuma perlu membawa anaknya berdekatan dengan kawasan berpaip seperti bilik air ataupun singki dapur.


Tak Kisah Bil Air Melambung, Anak Cuma Berhenti Nangis Bila Dengar Paip Terbuka

Inilah sebab kenapa bil air saya melambung…Tapi saya tak kisah

Tidak sampai beberapa minit, bunyi aliran air paip seakan-akan berjaya memberikan ketenangan hingga bayi itu boleh tidur lena. Meskipun nampak seperti membazir hinggakan bil airnya melambung setiap bulan, ibu ini langsung tidak kisah melakukan apa sahaja demi keselesaan anak tercinta. Mujur sahaja kini dia sudah merekodkan bunyi itu di telefon dan tinggal putarkan sahaja sekiranya si kecil itu tantrum.

@sam.ann.leger

Anything for baby girl 👑

♬ Surrender – Natalie Taylor

Lenguh tangan…Rakam je sound tu kemudian kasi dengar tepi telinga

Menjana lebih 2.5 juta tontonan sejak dimuat naik 2 hari lalu, ramai yang memuji kecomelan bayi berkenaan. Tidak ketinggalan, netizen khususnya wanita turut berkongsikan pengalaman dan tips lain supaya ibu berkenaan cuba menggunakan bunyi serupa di YouTube sahaja.


Tak Kisah Bil Air Melambung, Anak Cuma Berhenti Nangis Bila Dengar Paip Terbuka

Tak Kisah Bil Air Melambung, Anak Cuma Berhenti Nangis Bila Dengar Paip Terbuka

Tak Kisah Bil Air Melambung, Anak Cuma Berhenti Nangis Bila Dengar Paip Terbuka


Kredit : TikTok samm ann leger

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Kisah Bil Air Melambung, Anak Cuma Berhenti Nangis Bila Dengar Paip Terbuka

Facebook

Telegram