‘Bagai menatang minyak yang penuh’ merupakan peribahasa acap kali kita dengari. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kasih bapa semestinya tiada berbelah bahagi. Dari kecil sehingga besar pasti seorang ayah akan melakukan sebaik mungkin untuk membesarkan anak-anaknya.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Dah nak siap masuk rumah esok Papa kasi 10K lagi for your other home accessories, lighting and fittings
Seperti diketahui khalayak ramai, Datuk Seri Redzuawan Ismail atau Chef Wan mempunyai hati yang sangat besar. Sempena hari kelahiran Serina Redzuawan, tukang masak terkenal itu mendedahkan sudah siap sedia untuk hadiahkan habuan sebanyak RM10 ribu untuk membeli perkakas serta perabot rumah. Malah beliau juga telah pun berjanji untuk belanja anak perempuannya itu set meja makan serta sofa baru.
Tiada satu bapa pun nak lihat anak-anak dalam kesusahan…Tak bantu banyak, sedikit pun jadilah
Meskipun anak-anaknya sudah pun besar panjang, namun chef selebriti ini merasakan bantu dari segi kewangan adalah masih lagi di bawah tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Jauh di sudut hati, personaliti TV ini berharap apa yang ditunjukkan dapat menjadi ikutan buat mereka dalam berumah tangga.
Ada yang perli- perli saya konon nak menunjuk…I dont really care
Dikatakan menunjuk-nunjuk harta yang ada, Chef Wan sama sekali tidak peduli dengan komen netizen. Baginya, itu semua sudah menjadi amanah serta tanggungjawab kepada anak-anak serta bekas isteri selama 34 tahun ini. Akhir kata, beliau cuma mahu menjalankan tanggungjawabnya selain mendapat keredhaan Allah SWT.
Kredit: Portal Gempak
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
