Hiburan Viral

Pergi JPJ Tersarung Seluar Pendek, Pemuda Ini Sempoi Masuk Berkain Pelikat Je

Pergi JPJ Tersarung Seluar Pendek, Pemuda Ini Sempoi Masuk Berkain Pelikat Je

Setiap agensi atau mana-mana badan kerajaan sudah sememangnya mempunyai peraturan yang telah ditetapkan dan wajib dipatuhi oleh para pelanggan. Ini termasuklah mengenai etika pemakaian yang menuntut orang awam masuk ke premis dengan penampilan sopan dan bersesuaian. Tapi nampaknya pemuda di bawah ada kisahnya sendiri.

BACA : [VIDEO] Pelawat Tetap Berdegil, Ceramah Pak Guard Ini Bagi Memang Win Habis

Seluar pendek tak boleh masuk…Guard tak bagi masuk

Menerusi video TikTok yang dikongsikan oleh pengguna @ainhadi0505, kisah lucu seorang pemuda telah viral yang menyaksikan dia mengenakan pakaian yang tidak mengikuti garis panduan seperti mana ditetapkan oleh JPJ. Hal ini kerana, dia dilihat hanya memakai seluar pendek.


Pergi JPJ Tersarung Seluar Pendek, Pemuda Ini Sempoi Masuk Berkain Pelikat Je

Pergi JPJ pakai kain sarung guys…Sebab tak boleh masuk pakai seluar pendek

Justeru, lelaki tersebut tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Kemudiannya tanpa perlu balik rumah dan tukar, pemuda tersebut terus menyarung kain pelikat untuk menutupi seluar pendek yang dipakainya itu. Mujur sahaja ada kain berkenaan yang memang dah standby dalam kereta bagi persediaan solat di Rumah Allah.

@ainhadi0505

hahahah.. ni lawak.. klu ain rela blik rmh tuka sluar..malu oiii… slamber dia je😂@danialhadi00 @ainhadi9095

♬ bunyi asal – Ainhadi – Ainhadi

Haritu aku pergi JPJ gak,lepastu tak bagi masuk…Salah aku pakai seluar pendek

Video yang telah mendapat tontonan sebanyak 27.3 ribu tersebut mendapat pelbagai jenis reaksi di ruang komen. Ada antaranya yang turut berkongsi pengalaman sama. Selain itu ada juga yang menyatakan semamangnya itulah etika pemakaian yang sepatutnya jika berurusan di pejabat kerajaan.

Pergi JPJ Tersarung Seluar Pendek, Pemuda Ini Sempoi Masuk Berkain Pelikat Je


Pergi JPJ Tersarung Seluar Pendek, Pemuda Ini Sempoi Masuk Berkain Pelikat Je

Pergi JPJ Tersarung Seluar Pendek, Pemuda Ini Sempoi Masuk Berkain Pelikat Je

Pergi JPJ Tersarung Seluar Pendek, Pemuda Ini Sempoi Masuk Berkain Pelikat Je


Sumber : ainhadi0505

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pergi JPJ Tersarung Seluar Pendek, Pemuda Ini Sempoi Masuk Berkain Pelikat Je

Facebook

Telegram