Dalam kehidupan, tidak semua orang mempunyai jalan cerita yang indah. Ada sesetengah yang kurang bernasib baik jika dibandingkan bersama orang lain. Namun, sudah menjadi tanggungjawab sosial sebagai seorang manusia untuk sentiasa berbuat baik sesama insan tanpa mengira siapa mereka. Itulah dipraktikkan oleh seorang wanita ini yang sentiasa berkongsi rezeki bersama anak-anak istimewa.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Hampir setiap malam tunggu kehadiran kanak-kanak ini
Perkongsian mengenainya layanan terhadap anak-anak itu tular di laman Facebook setelah dimuat naik oleh wanita itu yang dikenali sebagai Amani Jalil. Menurut wanita berkenaan yang juga seorang pengusaha restoran, dia sering menunggu kedatangan kanak-kanak tersebut hampir setiap malam. Anak-anak istimewa yang bernama Joshua dan juga Jackson ini dikatakan seringkali berlegar di kawasan sekitar untuk menjual tisu. Kasihan melihat keadaan mereka berdua, wanita berkenaan sering mempelawa mereka untuk makan di restoran miliknya.
Merasa terpanggil untuk menolong insan istimewa itu
Jelasnya, sebelum ini dia pernah melihat budak lelaki tersebut datang dengan kepala yang cedera akibat perlakuan ayahnya sendiri. Merasa terkesan dengan kejadian itu, Amani bertindak merawatnya serta mula nekad untuk membantu insan terpilih itu. Sejak daripada itu, dia sentiasa memberi pesanan kepada kanak-kanak itu untuk datang makan di situ jika berasa lapar.
Alhamdulillah masih ada yang berhati mulia seperti akak
Rata-rata netizen yang terdiri daripada pelbagai bangsa dilihat tinggalkan komen yang memuji serta bangga dengan tindakan murni wanita tersebut. Malah mereka turut mendoakan semoga wanita itu dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusannya kelak. Ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka bertemu kanak-kanak tersebut.
Sumber: Facebook Amani Jalil
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
