Tak Malu Luah Perkara Haram Yang Ingin Dibuat, Warga Twitter Buat Ramai Meluat!

Berada di zaman kepesatan teknologi dan media sosial ketika ini nampaknya telah mempengaruhi sedikit sebanyak kehidupan masyarakat. Jika dulu ramai yang beranggapan internet hanya untuk menghubungkan orang semata-mata, tapi nampaknya ia sudah seperti sebahagian daripada hidup kita. Perkara ini juga secara tidak langsung menyebabkan minda generasi kini seakan sudah dipahat bahawa apa yang tertera dan tertulis di gajet sebagai sumber informasi dan tempat luahan tanpa sebarang halangan.

BACA: “Tak Semua Jodoh Online Tu Trash” – Pengantin Dedah Kisah Jumpa Jodoh Di Twitter

Baru-baru ini, ada satu tweet telah menjadi tumpuan kerana bertanyakan apakah perkara atau perbuatan haram yang mahu dilakukan oleh seseorang MusIim jika mereka mampu melakukannya. Dan tidak sampai beberapa hari, tweet tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warga netizen.

Antara maklum balas yang diperolehi…

Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Meskipun nampak seperti permainan hiburan semata-mata, namun menurut individu bernama Emir Haqim ini perkara tersebut boleh menjadi satu trend yang membawa imej buruk kepada pandangan penganut agama lain. Selain itu, dia turut menegur bahawa kita semua perlu berhati-hati dengan setiap post di media sosial kerana kesemuanya akan turut dibicarakan di akhirat kelak.

Tau semua orang ada rasa nak buat benda haram…tapi tak payah bagitau orang

Seram baca semua replies tu…semua yang kita taip akan jadi saksi di akhirat

Benda kecil macam ni lah yang boleh buat kita masuk neraka…

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter

Apa Komen Anda?