Inspirasi Viral

Tak Mampu Bayar Gaji Pakai Duit, Murid Ikhlas Berikan Siput Sedut Pada Guru

Tak Mampu Bayar Gaji Pakai Duit, Murid Ikhlas Berikan Siput Sedut Pada Guru

Sharing is caring!

Tidak dinafikan guru-guru kini lebih memilih untuk mengajar di kawasan bandar berbanding di pedalaman. Malah cabaran ketika bertugas  di kawasan ini juga nyata berbeza, meskipun matlamatnya satu untuk mendidik anak bangsa demi melahirkan insan berguna di masa hadapan. Perkara ini turut dirasai oleh seorang cikgu bernama Fazri Hassan yang ketika ini bertuga di sebuah sekolah pedalaman yang terletak di Sabah.

BACA : Penampilan Ikut Sedap Rasa, Guru Luah Kesal Tengok Imej Cikgu Suraya

Bukan mudah ajar anak-anak pedalaman

Sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik untuk memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lancar. Guru muda ini bagaimanapun meluahkan bahawa bukan mudah sebenarnya untuk mengendali anak-anak daif seperti ini kerana ia membutuhkan pengorbanan serta kesabaran yang tinggi.


Tak Mampu Bayar Gaji Pakai Duit, Murid Ikhlas Berikan Siput Sedut Pada Guru Tak Mampu Bayar Gaji Pakai Duit, Murid Ikhlas Berikan Siput Sedut Pada Guru

Kalau cikgu sudi ambillah siput ni

Namun begitu, Fazri baru-baru ini turut berkongsi satu moment manis apabila dia menerima sedikit buah tangan yang berupakan aneka siput sedut daripada anak muridnya.  Ujar anak-anak itu, siput tersebut sebagai ‘bayaran’ di atas pengorbanannya selama ini yang tidak pernah mengeluh dalam mendidik mereka.

Tak Mampu Bayar Gaji Pakai Duit, Murid Ikhlas Berikan Siput Sedut Pada Guru

Tak Mampu Bayar Gaji Pakai Duit, Murid Ikhlas Berikan Siput Sedut Pada Guru

Dikutip sendiri oleh murid di paya bakau

Lebih menyentuh hatinya lagi apabila siput-siput tersebut dikutip sendiri oleh murid-muridnya di tepi paya. Walaupun tidak diketahui oleh mereka, tetapi Fazri sendiri mengakui bahawa siput pemberian murid-muridnya itu merupakan antara makanan kegemarannya.

Tak Mampu Bayar Gaji Pakai Duit, Murid Ikhlas Berikan Siput Sedut Pada Guru

Tak Mampu Bayar Gaji Pakai Duit, Murid Ikhlas Berikan Siput Sedut Pada Guru

Tak semua boleh dibalas dengan wang ringgit

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji sikap amanah serta keikhlasan cikgu muda ini dalam mendidik anak-anak pedalaman. Malah ramai antara mereka yang berpendapat bahawa pemberian tersebut jauh lebih bermakna daripada wang ringgit. Selain itu, ada yang menjadikan kisah guru ini sebagai inspirasi buat pendidik di luar.Tak Mampu Bayar Gaji Pakai Duit, Murid Ikhlas Berikan Siput Sedut Pada GuruTak Mampu Bayar Gaji Pakai Duit, Murid Ikhlas Berikan Siput Sedut Pada Guru


Tak Mampu Bayar Gaji Pakai Duit, Murid Ikhlas Berikan Siput Sedut Pada Guru

Sumber : Twitter FazriHassan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!