Isu Semasa Kesihatan

”Tak Mau Dia Rawat Anak Saya” – Doktor Dihina Gara-Gara Belek Buku Masa Kerja

”Tak Mau Dia Rawat Anak Saya” – Doktor Dihina Gara-Gara Belek Buku Masa Kerja

Sharing is caring!

Setiap insan bergelar seorang doktor pasti mahu lakukan yang terbaik dalam pekerjaannya. Walau bagaimanapun, perjalanan menjadi seorang pegawai perubatan ini bukanlah mudah. Sudahlah perlu belajar bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan sekeping sijil pengiktirafan, malah perlu tabah menerima segala hinaan dan makian sepanjang bekerja seperti kisah seorang doktor ini.

BACA: Tunjal Kepala Anak Yang Takut Cabut Gigi, Doktor Tegur Sikap Ibu Lepas Tangan

Sudah jadi doktor, kena buka buku

Pengalaman pahit tersebut telah pun dikongsi oleh seorang doktor, Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebook miliknya. Menurut lelaki itu, kejadian itu berlaku sewaktu dirinya sedang merawat seorang kanak-kanak yang ditemani oleh si ibu. Wanita tersebut bagaimanapun menyuarakan ketidakpuasan hati kepada seorang jururawat dan menidakkan rawatan yang diberikan oleh doktor berkenaan.


”Tak Mau Dia Rawat Anak Saya” – Doktor Dihina Gara-Gara Belek Buku Masa Kerja

”Tak Mau Dia Rawat Anak Saya” – Doktor Dihina Gara-Gara Belek Buku Masa Kerja

Diminta kemukakan surat tunjuk sebab

Rasa itu timbul setelah melihat pegawai perubatan tersebut merujuk dan juga membelek sebuah buku kecil sewaktu menjalankan tugasnya. Walaupun telah menjelaskan kepada wanita berkenaan tentang kegunaan rujukan itu, dia masih ditengking dan dimaki dengan perkataan kesat. Susulan dari kejadian tersebut, doktor berkenaan telah pun dipanggil oleh pihak atasan untuk memberikan penjelasan dan juga kemukakan surat tunjuk sebab.

”Tak Mau Dia Rawat Anak Saya” – Doktor Dihina Gara-Gara Belek Buku Masa Kerja

”Tak Mau Dia Rawat Anak Saya” – Doktor Dihina Gara-Gara Belek Buku Masa Kerja
Gambar Sekadar Hiasan

Dia ingat robot ke tak perlu rujuk buku

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan wanita berkenaan. Bagi mereka, tidak salah untuk para doktor sentiasa merujuk agar mereka tidak berbuat kesalahan memandangkan pekerjaan berkenaan bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh.


”Tak Mau Dia Rawat Anak Saya” – Doktor Dihina Gara-Gara Belek Buku Masa Kerja

”Tak Mau Dia Rawat Anak Saya” – Doktor Dihina Gara-Gara Belek Buku Masa Kerja ”Tak Mau Dia Rawat Anak Saya” – Doktor Dihina Gara-Gara Belek Buku Masa Kerja

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini