Family Viral

Tak Nak Bangunkan Baby Punya Pasal, Bapa ‘Kebulur’ Terpaksa Jalan Langkah Besar

Tak Nak Bangunkan Baby Punya Pasal, Bapa ‘Kebulur’ Terpaksa Jalan Langkah Besar

Selepas seharian menguruskan rumah tangga, waktu anak sedang nyenyak tidur merupakan peluang keemasan bagi setiap ibu. Masa itulah nak ‘luruskan’ pinggang sekejap lepas penat melayan karenah baby serta rumah lagi. Namun begitu, kadangkala perkara tersebut tidak dirasai oleh para suami. Situasi tersebut sama seperti yang dialami oleh seorang influencer media sosial iaitu Nadhirah Zamani dan suaminya, Epul Eusoff.

BACA: Hormat Ruang Privasi, Anak-Anak Usah Dibiasakan Tidur Sekatil Dengan Ibu Bapa

Nak elak baby terbangun…suami ‘kebulur’ sanggup buka langkah besar mengadu pada wife

Dalam salah satu video terbaru di Instagram, suaminya dilihat sedang melangkah masuk ke ruang tamu rumah. Sewaktu baby lelaki mereka sedang lena tidur, kebetulan pula Epul mengadu kepadanya bahawa dia sedang lapar. Apabila ditegur oleh isterinya yang tidak mahu bayi mereka terjaga, lelaki ini mula ‘mengatur langkah’ untuk cuba berjalan dengan senyap tapi cepat ke arah isterinya.

View this post on Instagram

“Saya lapar” 😂

A post shared by Nadhirah Zamani (@naddysushi) on

Jealous tengok korang berdua ni, ada-ada je…Sejak ada baby, memang nak cakap pun kena berbisik

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen nyata terhibur melihatkan keletah lucu yang ditampilkan oleh lelaki berkenaan yang memahami isterinya pada masa itu. Mereka turut mengakui pernah mengalami situasi yang sama seperti terpaksa bercakap dalam keadaan bisik asalkan tak ganggu anak yang agak sensitif ketika tidur.

Tak Nak Bangunkan Baby Punya Pasal, Bapa ‘Kebulur’ Terpaksa Jalan Langkah Besar

Tak Nak Bangunkan Baby Punya Pasal, Bapa ‘Kebulur’ Terpaksa Jalan Langkah Besar

Tak Nak Bangunkan Baby Punya Pasal, Bapa ‘Kebulur’ Terpaksa Jalan Langkah Besar

Tak Nak Bangunkan Baby Punya Pasal, Bapa ‘Kebulur’ Terpaksa Jalan Langkah Besar

Sumber: Instagram naddysushi

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Nak Bangunkan Baby Punya Pasal, Bapa ‘Kebulur’ Terpaksa Jalan Langkah Besar

Facebook

Telegram