Viral

“Tak Nak Sayur Tau” – Nak Keluar Minta Macam-Macam, Gelagat Budak Ini Cuit Hati

“Tak Nak Sayur Tau” – Nak Keluar Minta Macam-Macam, Gelagat Budak Ini Cuit Hati

Sharing is caring!

Umum mengetahui bahawa kanak-kanak sememangnya terkenal dengan bermacam jenis ragam dan kerenahnya. Kadangkala ada sahaja kemahuan yang terpaksa dituruti semata-mata untuk memuaskan hati mereka. Tidak cukup dengan itu, ada pula sebahagian anak kecil ini yang cerewet mengalahkan orang dewasa. Begitulah situasi yang dilalui oleh seorang pengendali akaun Twitter bernama @kalerioooo baru-baru ini. 

BACA: [VIDEO] Mak Memang Macam Ni, Pujuklah -Netizen Terhibur Ragam Budak Kuat Drama


Macam-macam minta belanja

Dalam perkongsian tersebut, pemuda ini telah menerima beberapa pesanan daripada adik perempuannya sebelum keluar untuk membeli burger. Menariknya dengan usia kecil sebegitu, sifat cerewet kanak-kanak itu dalam menyenaraikan satu per satu kemahuannya telah menimbulkan kelucuan netizen di luar sana. 

“Tak Nak Sayur Tau” – Nak Keluar Minta Macam-Macam, Gelagat Budak Ini Cuit Hati

“Tak nak sayur tau”

Biarpun banyak ‘songeh’, pemuda itu nampaknya masih setia membalas segala permintaan adiknya dengan nada yang lembut. Tidak terkecuali, kanak-kanak itu sempat lagi demand kepada abangnya agar membeli makanan tanpa sayur-sayuran. Bahkan lambaian mesra daripada si kecil itu pada penghujung babak berkenaan dilihat begitu menarik sekali. 


Comelnya pakai tudung.. Macam-macam dia demand

Gara-gara kecomelannya, video berdurasi 12 saat ini telah dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya tampak terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut sambil memuji hubungan antara adik-beradik ini. Keseluruhannya, ragam kanak-kanak yang persis orang dewasa itu berjaya mencuri tumpuan netizen sehingga mendapat lebih 241 ribu tontonan setakat ini. 

“Tak Nak Sayur Tau” – Nak Keluar Minta Macam-Macam, Gelagat Budak Ini Cuit Hati “Tak Nak Sayur Tau” – Nak Keluar Minta Macam-Macam, Gelagat Budak Ini Cuit Hati “Tak Nak Sayur Tau” – Nak Keluar Minta Macam-Macam, Gelagat Budak Ini Cuit Hati

“Tak Nak Sayur Tau” – Nak Keluar Minta Macam-Macam, Gelagat Budak Ini Cuit Hati

Sumber: Twitter kalerioooo


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini