Bertugas sebagai food rider bagi syarikat pesanan makanan atas talian sememangnya tidak lari daripada pelbagai cabaran. Selain perlu berdepan dengan risiko di atas jalan raya dengan cuaca tidak menentu, mereka juga perlu sedia berjumpa pelanggan yang bermacam ragam.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Customer ni cakap rumah atas sekali, tapi dia tak turun… Aku nak naik pun dia tak bagi
Terbaharu di TikTok, anasmansor99 telah memuat naik satu video ketika dia sedang bekerja menghantar makanan seorang pelanggan yang tinggal di rumah pangsa. Setibanya di sana, wanita tersebut berkeras enggan turun mengambil makanan sekali gus membuatkan dirinya berasa hairan. Bukan itu sahaja, dia juga tidak diminta untuk menghantar bungkusan ke atas.
Rupanya dia guna baldi…Alhamdulillah senang berurusan macam ni
Siapa sangka pelanggan itu mempunyai cara tersendiri ketika memesan makanan. Rupa-rupanya, food rider hanya perlu tinggalkan makanan di dalam baldi merah yang disediakan dan ia akan ditarik semula ke atas selepas semua bungkusan dimasukkan.
@anasmansor99 Jauhi covid, dekati saya 🤭 #foodpandamalaysia
Bagus macam ni tak susahkan orang…Good idea, terbaik customer ni
Selepas dimuat naik 12 jam lalu, video ini telah meraih hampir 700 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi idea bernas pelanggan pemilik video ini. Dalam masa sama, mereka juga memuji usahanya kerana memudahkan urusan orang lain.
Kredit: TikTok anasmansor99
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
