Tak Payah Beli Detox, Hanya Minum Lemon Setiap Pagi Untuk 4 Manfaat Ini

Sekarang ini, ramai orang berlumba-lumba untuk kekal sihat dan awet muda. Malah, kebanyakan daripada mereka sanggup membeli supplement kesihatan di kedai-kedai jamu dan farmasi untuk menjaga diri daripada gangguan kesihatan. Namun, kenapa kita perlu membeli supplement di luar sekiranya kita boleh kekal sihat dan awet muda secara semulajadi? Sebuah portal media telah mendedahkan rahsia penjagaan diri melalui buah lemon. 

BACA: Ada Budak Panggil Dia Gajah  Sampai Rumah, Dia Mula Minum Air Detox Lemon

Gambar sekadar hiasan

Disebabkan rasa buah lemon yang masam, kita selalu jadikannya jus untuk minuman. Namun, sebenarnya buah ajaib ini mempunyai banyak khasiat disebaliknya. Caranya, kita hanya perlu menghiris buah ini dan kemudian memerahnya ke dalam air suam. Minumlah setiap pagi dan hidangkannya tanpa gula untuk khasiat yang optimum. 

Gambar sekadar hiasan

Sifat Alkali

Mengambil lemon setiap pagi boleh mengalkalikan tubuh. Oleh kerana sifatnya yang alkali, ia boleh meneutralkan asid dalam badan. Asid yang berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai kemudaratan dan kelesuan. 

Vitamin C

Vitamin C yang  terdapat dalam lemon boleh mencantikkan kulit dan memberi kekebalan pada tubuh. Ini menyebabkan anda lebih awet muda dan segar sentiasa. 

Membantu penghadaman

Lemon boleh mencegah diri daripada masalah sembelit dan ketidakhadaman. Tambahan lagi, minum lemon setiap pagi boleh merangsang pergerakan usus. Jadi, anda lebih senang membuang.

Bakar lemak dengan efisien

Lemon boleh membuang toksin dalam badan. Hal ini menjadikan hati anda boleh memproses makanan dengan lancar. Oleh itu, sistem metabolisme lemak akan berjalan dengan baik seterusnya menjadikan anda lebih langsing serta sihat.

Gambar sekadar hiasan

Kesimpulannya, minum lemon setiap pagi adalah amat baik untuk tubuh badan anda kerana sifatnya yang alkali, mempunyai Vitamin C, membantu penghadaman dan membakar lemak dengan efisien. Tambahan pula, lemon merupakan buah-buahan jenis citrus yang sangat baik untuk kulit. Oleh itu, anda tidak perlu membeli detox tambahan kerana sekarang anda boleh lakukannya sendiri. Duit boleh jimat, kesihatan pun bertambah baik. 

Sumber: Hijabista

Apa Komen Anda?