Tak Payah Hantar Kedai, Ini Dia Cara Sental Barang Kemas Kilat Macam Baru Beli!

Mengumpul barang kemas boleh disifatkan sebagai hobi golongan wanita. Kadang-kadang, segala barang kemas yang dibeli itu akan tersimpan rapi dan bukan semuanya kerap dipakai oleh mereka. Oleh itu, banyak juga barang kemas yang kurang kilatnya kerana sudah dipenuhi kotoran. Sebelum ini, pastinya ramai yang akan menghantar barang kemas mereka ke kedai demi mencucinya. Namun siapa sangka dengan hanya menggunakan bahan di dapur, kini anda boleh mencuci sendiri barang kemas itu!

Baca : 5 Tahun Tinggal Di Jeju, Wanita Ini Dedah Rahsia Penjagaan Wajah Rakyat Korea

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian di Mingguan Wanita tersebut, mencuci emas sendiri bukan sahaja mudah malahan mampu menjimatkan wang.

Tak risau kalau orang kedai kikis emas kita…

Berikut adalah bahan-bahan mudah untuk mencuci barang kemas anda : 

1) Cecair pencuci

Gambar sekadar hiasan

2) Berus gigi

Gambar sekadar hiasan

3) Asam jawa (Boleh menggantikan cecair pencuci jika tiada)

4) Air suam

Gambar sekadar hiasan

Setelah lengkap menyediakan semua bahan tersebut, anda bolehlah mengikuti 5 langkah tersebut dan terus mencuci barangan kemas anda :

Rendam barang kemas dalam air suam + cecair pencuci

Selepas cukup tempoh rendaman, anda boleh menyental barang kemas tersebut dengan berus gigi.

Jangan guna berus gigi lama…Nanti sukar tanggalkan kotoran

  

Bilas dan rendam semula dalam air paip

Lap dengan kain kering

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Facebook Mingguan Wanita

Apa Komen Anda?