Viral Family

Tak Perasan Main Dengan Kembar Bapa, Anak ‘Bengang’ Lepas Ayah Kandung Muncul

Tak Perasan Main Dengan Kembar Bapa, Anak ‘Bengang’ Lepas Ayah Kandung Muncul

Bukan sahaja orang luar, terkadang pasangan kembar turut akan mengelirukan ahli keluarga mereka sendiri. Tambahan pula bagi kembar yang benar-benar berwajah serupa, insiden tersalah orang seakan-akan menjadi perkara biasa apabila dapat berkumpul beramai-ramai. Hal sama sempat dikongsikan oleh Puan Lyana Natasha di TikToknya sekali gus menarik perhatian ramai.

BACA : Budak Kecil Keliru Berpaut Pada Kaki Lelaki Tak Dikenali, Muka Seiras Ayahnya

Dari tadi tersalah daddy…Syok main dengan daddy kuasa 2 pastu daddy sendiri datang pula

Sedang berada di ruang santai rumah, anak perempuannya sibuk mengajak si ayah bermain. Tanpa disedari, itulah bukanlah ‘daddy’ sebenar sebaliknya kembar kepada bapa kandungnya. Apabila seorang lagi muncul, barulah dia tersedar dirinya sudah ‘tertipu’ sebelum meluru cepat ke arah ibunya dengan sedikit wajah bengang.

@mekna97

Bermanja dgn daddy sendiri ❌ Bermanja dgn kembar daddy ✅ 🤣 . Last sekali tu 🤣 LARIKKKKKKK . Salah org rupanyaaa 🤣🤣 . . #twin

♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Inilah kembar tu & pasangan masing-masing

Mungkin kerana masih kecil, dia masih belum mampu membezakan apalagi kedua-duanya mempunyai rupa yang sangat seiras. Bukan sahaja dari segi saiz badan, malahan misai, janggut dan stail rambut mereka juga benar-benar sama sehingga sukar dibezakan dalam sekali pandang.

@mekna97

Replying to @Nik ni lah kembar tu 🤣 kembar dan pasangan masing masing . Banyak je bezanya . 🤣

♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

Nasib baik pak cik kembarnya tu rajin melayan…Anak pening takpe, jangan bini yang pening tertukar lelaki

Meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan sejak dikongsikan sehari lalu, rakaman berkenaan berjaya membuat netizen terhibur. Tidak ketinggalan, mereka juga membuka cerita mengenai insiden terkeliru dengan kembar dalam keluarga masing-masing.

Tak Perasan Main Dengan Kembar Bapa, Anak ‘Bengang’ Lepas Ayah Kandung Muncul

Tak Perasan Main Dengan Kembar Bapa, Anak ‘Bengang’ Lepas Ayah Kandung Muncul

Tak Perasan Main Dengan Kembar Bapa, Anak ‘Bengang’ Lepas Ayah Kandung Muncul

Kredit : TikTok Mekna97

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Perasan Main Dengan Kembar Bapa, Anak ‘Bengang’ Lepas Ayah Kandung Muncul

Facebook

Telegram