Tak Perlu Beribu, Modal RM50 Je Pun Boleh Hias Rumah Ala-Ala ‘Wainscoting’!

Mesti ramai yang fikir nak hias rumah bagi cantik dan nampak selesa macam yang diidamkan memerIukan kos yang tinggi bukan? Sebenarnya apa yang paling penting adalah kreativiti dan minat yang mendalam. Dengan gabungan kedua-dua itu, anda pasti berusaha mencari jalan merealisasikan impian untuk memiliki rumah seperti yang diinginkan, walaupun dalam bajet yang sedikit. 

BACA: [FOTO] Rumah Kampung Pink Curi Tumpuan, Jadi Unik Bila Dapur Pun Dah Rupa Bilik!

Seorang lelaki bernama Shafeq Bada di Facebook pada tahun 2017 telah membuktikan dengan bajet yang sedikit, konsep hiasan dinding ruang tamu rumahnya berjaya diubahsuai menjadi ala-ala wainscoting seperti yang diidamkannya. 

Contoh rumah berkonsepkan wainscoting

Gambar sekadar hiasan

Menurut Shafeq, bajetnya banyak lari kerana digunakan untuk belanja raya. Oleh itu, dia terpaksa memotong kos perbelanjaan untuk menghias ruang tamu rumahnya. Namun, disebabkan dia minat dengan konsep dinding wainscoting, ideanya muncul untuk menghias dinding ala-ala konsep tersebut dengan bajet yang rendah.

Asalnya dinding memang kosong tak letak pape

Sebelum 

Selepas 

Berikut dikongsikan 5 tips untuk membuat dinding rumah anda kelihatan mewah ala-ala wainscoting dengan bajet hanya RM50!

Gunakan masking tape.. boleh cat macam biasa 

Hasil yang telah siap!

Menurut Shafeq, masa yang diperuntukan untuk mengecat dinding itu adalah setengah hari saja. Jadi, masa pun singkat, bajet pun selamat. Selamat mencuba! 

Sumber: FB Shafeq Bada

Apa Komen Anda?