“Tak Perlu Merayu Untuk Someone Stay” – Respon Balas Najwa Latif Memang Win!

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’ ini agak jarang kita lihat di kaca televisyen berbanding di awal pembabitannya dalam industri seni. Namun sejak kebelakangan ini, Najwa kelihatannya lebih aktif di Instagram miliknya berkongsi video nyanyian dan berkomunikasi dengan peminat dan pengikut di laman sosial tersebut. Terbaharu, satu video telah tular di Twitter kerana respon penyanyi ini tentang isu cinta yang ditanyakan kepadanya sangat ‘padu’.  

BACA: [VIDEO]  Gadis Kacukan Cina Nyanyi Nasyid Buat Ramai Meremang

Adakah anda akan merayu untuk kekal dalam hidup seseorang?

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @Hhfzn telah memuat naik video Najwa menjawab beberapa soalan di aplikasi popular dalam Instagram iaitu Ask Me A Question. Dalam sesi ‘Q&A’, Najwa Latif tampaknya sering dipuji kerana memberi respon balas yang positif dan lucu, namun paling menarik adalah responnya apabila ditanyakan “adakah dia akan merayu untuk kekal dalam hidup seseorang?” Dan jawapannya.

Dia akan stay dengan korang tak kisah dalam apa jua keadaan

Melalui potongan video tersebut, penyanyi ini memberitahu bahawa jika dulu mungkin dia akan merayu seseorang itu untuk kekal bersamanya. Namun, dia tidak akan berbuat lagi sedemikian kerana dia berpegang pada prinsip jika seseorang itu menyayangi kita, dia akan tetap bersama kita walau dalam apa jua keadaan. 

Bagaimana kita sayang seseorang, kalau dia nak pergi tetap pergi

Ramai pengguna Twitter telah membanjiri bahagian komen pada video berkenaan. Rata-ratanya bersetuju dengan pendapat penuntut di Universiti Malaya ini sehinggakan ada yang turut terinspirasi oleh kata-kata tersebut. Tambahan lagi, netizen menganggap penyanyi ini sering memberi aura positif dalam setiap video yang dimuat naik. Video yang tular itu telah mendapat lebih 16 ribu sukaan dan lebih 22 ribu ulang kicau setakat ini. 

Sumber: Twitter Hhfzn & IG Njwalatif

Apa Komen Anda?