Tak Perlu Pun WhatsApp Group Sekolah, Biar Anak Pandai-Pandai Hidup Sendiri

Seiring dengan kecanggihan teknologi masa kini, komunikasi antara pihak guru dan ibu bapa ternyata lebih mudah melalui beberapa aplikasi seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya. Meskipun ia mempunyai 1001 kelebihan, namun kaedah ini turut berupaya memberi impak buruk kepada anak-anak apabila meningkat dewasa nanti. Itulah isu yang diutarakan oleh seorang wanita baru-baru ini.

BACA: Mahu Anak Pandai & Peribadi Mulia? Ikut 10 Tips Yang Dikongsi Oleh Doktor Ini

Gambar sekadar hiasan

Biar anak belajar nak hidup

Advertisement

Menerusi posting yang dibuat oleh saudari Normaliza Mahadi, dia menjelaskan bahawa tidak penting untuk membuat group WhatsApp dalam kalangan ibu bapa. Tegas wanita ini lagi, segala hal remeh yang berlaku kepada anak di sekolah tidak perlu melibatkan campur tangan daripada ibu bapa. Sekiranya mahu meminta bantuan guru sekalipun, mereka haruslah berpada-pada ketika dalam group berkenaan. 

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Dah kahwin pun ibu bapa kena tolong

Advertisement

Apabila anak-anak terlalu biasa dimanjakan dan bergantung terhadap ibu bapa, hal ini mungkin akan berlarutan hingga mereka dewasa. Mereka cenderung untuk bersikap kurang matang dan menyusahkan ibu bapa. Tambah Normaliza lagi, trend ini malah berlarutan hingga ada ibu bapa yang sanggup membuat pinjaman peribadi asalkan hidup anak mereka selesa. 

Gambar sekadar hiasan

Anak malas kerja ibu bapa tanggung

Advertisement

Ujar wanita ini lagi, soal pencarian kerja juga akan diuruskan oleh ibu bapa meskipun itu adalah tanggungjawab anak. Individu ini turut menyenaraikan beberapa persoalan biasa yang sering dibangkitkan dalam group WhatsApp bersama ibu bapa. Di penghujungnya, dia turut sempat berseloroh bahawa ada sesetengah ibu bapa yang tidak memberikan respon pula apabila diajukan tentang yuran sekolah. 

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Normaliza Mahadi

Advertisement

 

Apa Komen Anda?